TAMRIN TUN GHAFAR MULA PROSES SAMAN ZURAIDA

 PROJEK PELUPUSAN SISA PEPEJAL OLEH SYARIKAT BUMI SEGAR INDAH

1. Pada hari Sabtu 29hb Ogos 2020 saya telah mengeluarkan Kenyataan Media berhubung perkara tersebut diatas

2. Kenyataan Media tersebut adalah ekoran Kenyataan Media ( Press Release ) oleh YB. Hajjah Zuraida Kamaruddin , Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT ) pada 28hb Ogos 2020 yang MENGGAMBARKAN seolah – olah projek tersebut diberi SECARA RUNDING TERUS atau DIRECT NEGO oleh mantan Menteri Kewangan YB. Lim Guan Eng kepada Syarikat tersebut atas dasar pengelibatan saya dalam Syarikat tersebut

3. Untuk makluman projek tersebut TELAH diberi SECARA RUNDING TERUS atau DIRECT NEGO oleh Kerajaan Barisan Nasional atau BN dalam tahun 2017 ; Menteri KPKT ketika itu ialah Tan Sri Noh Omar

4. Bagi MENYELAMATKAN wang negara , adalah difahamkan DASAR Kerajaan Pakatan Harapan atau PH telah digubal ketika itu iaitu SEMUA projek yang telah diberi SECARA RUNDING TERUS atau DIRECT NEGO oleh Kerajaan Barisan Nasional atau BN di TURUNKAN atau DIKURANGKAN harga sebanyak 10% dari harga asal

5. Perkara – perkara lain AKAN dikemukakan semasa PERBICARAN di Mahkamah nanti

6. Surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian ( KSU ) KPKT bertarikh 9hb September 2020 yang telah disah penerimaan nya disertakan

Wassalam

Terima Kasih

Tamrin Tun Ghafar

Khamis – 10/09/2020.



No comments: