KASIHAN..BEGINI NASIB PAS

Di sebalik bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional atau PN di peringkat Pusat dan dalam masa yang sama bermuafakat pula dengan UMNO dalam Muafakat Nasional atau MN, PAS benar-benar ditimpa malang lantaran tidak dijemput oleh PN atau BN dalam majlis pengumuman calon kedua-dua gabungan tersebut.

“Kita tak dijemput,” kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Dalam waktu yang sama pula, setakat ini boleh dikata tidak ada kerusi diperuntukkan kepada Pas untuk ditandingi di mana baik UMNO mahuoun Bersatu, mereka sudah pun mengumumkan jumlah kerusi serta calon yang akan bertanding pada 26 September nanti.

UMNO akan bertanding 31 kerusi, manakala Bersatu 19 kerusi dan selebihnya akan ditandingi oleh parti-parti bukan Melayu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan meluahkan hasrat Pas mahu bertanding 10 kerusi tradisi yang biasa ditandingi parti itu.

Tetapi, dengan perebutan kerusi antara UMNO dengan Bersatu, Pas nampaknya benar-benar tersisih, tidak dipeduli serta tidak dianggap penting dalam politik Sabah.

Kesiannn…begini akhirnya nasib Pas!!

Baik BN atau PN, kedua-duanya langsung tidak memperdulikan mereka.

Sudahlah tidak diperuntukkan kerusi, dijemput ke majlis pengumuman calon pun tidak juga.

Bagaimanapun, menurut Aminuddin, PAS akan menunggu pengumuman rasmi daripada Muhyiddin Yassin sendiri dalam acara yang menurutnya akan berlangsung esok pagi.

Menurutnya, beliau sendiri sebenarnya amat menunggu pengumuman Muhyiddin esok dan wakil pimpinan PAS Pusat juga dijangka akan hadir sama.

Pun begitu, katanya PAS akan berlapang dada dan menerima apa saja keputusan yang dimuktamadkan terhadap mereka dengan hati terbuka.

“Itulah (pengumuman esok) yang sahihnya, itulah berita yang tepatnya.

“Kalau dia (Muhyiddin) kata PAS tak bertanding, tak bertandinglah.

“Kalau dia kata bertanding sekian-sekian kerusi… 10 kerusi misalnya, maka PAS (akan) bertanding 10 kerusi,” jelas Aminuddin lagi.

Hmmmmm…..(Shahbudindotcom 10/09/2020)