PN bantu sekolah MCA, bukan sekolah Cina?
Ipohmali
KALAU BANTU SEKOLAH CINA RM 100 JUTA TAK SALAH PUN….
Semalam heboh Presiden MCA Wee Ka Siong dengan bangganya mengumumkan Menteri kewangan kayangan Tg Zafrul mengumumkan pemberian bantuan atau geran khas kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) sebanyak RM 58 Juta.. Apa masalahnya..?
Ya ! Tak salah..kalau benar benar ia sekolah Cina, hatta sekolah persendirian.. mereka ada hak dibantu pun..Hatta Tok Guru Nik Aziz pun membantu semampu mungkin biarpun Masyarakat Cina hanya tak sampai 5% di Kelantan.. Dan itu dilakukan Lim Guan Eng memperuntukkan RM 12 juta untuk Sekolah Cina.. Lagi baik bagi Sekolah Cina dari bagi duit berbillion kat Jho Low..
Masalahnya seperti aku tulis masa kecoh PAS dan UMNO mainkan sentimen Perkauman dengan bantuan sekolah Cina.. zaman UMNO hatta PN hari ini lebih teruk..depa bukan bagi pada Sekolah Cina, UTAR itu ditakrifkan Sekolah/University MCA..Sekolah milik Parti..Jawatankuasa dan Pengurusannya terdiri dari pemimpin MCA..
Itu belum lagi anugerah tanah di Kampar, tanah bernilai Tinggi kepada UTAR oleh kerajaan UMNO Perak beribu Ekar.. Tapi depa ni lah mainkan snetimen Perkauman bila PH nak bantu dan bagi hak milik tanah kepeda Setinggan Cina dan Melayu.. mana lebih baik 1500 ekar diberi kepada tauke MCA(UTAR) atau 2000 hektar hak milik yang dikongsi 47 ribu lot untuk cina miskin dan setinggan..?
Bagaimana nak faham.. UTAR ini Ibarat Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) dibawah PAS..lagi mudah faham, Seperti PASTI dan SRITI dibawah PAS.. bezanya UTAR dibawah MCA, apakah Pasti,Sriti dan KUIZM dalam aliran agama dapat peruntukan seperti UTAR milik MCA.. ? jawapannya tidak…
Bayangkan, Apa yang diumumkan Wee ka Siong, Presiden MCA itu peruntukan yang tidak dimasukkan di dalam Belanjawan.. jadi hak siapa yang depa ambil ? Ketika ada orang Susah..Guru Agama, Imam dan bilal kehilangan Pendapatan, Relax jer Menteri Banker bagi MCA RM 58 Juta..
Kalau nak tahu..Sebelum ini Lim Guan Eng lah yang tarik peruntukan UTAR, Bukan sebab Lim Guan Eng anti pendidikan atau orang Cina.. tetapi UTAR itu milik MCA.. Depa sewenang wenangnya dapat geran, Berpuluh juta Setahun dari Kerajaan walaupun Univeriti itu milik Parti..depa bebas guna duit itu semahu mungkin..
Sebelum ini Kelompok Asatizah, Ustaz dok mainkan peruntukan untuk Sekolah Cina dari Lim guan Eng.. Kira baguslah Lim Guan Eng.. dia tarik peruntukan dari Univerity milik MCA lebih RM 30 juta..Dia agihkan RM 12 juta kepada banyak sekolah dan Kolej kecil pendidikan Cina..
Jadi mana Pejuang Melayu..Mana Pejuang Islam..taknak ker kata PN Khianat orang Melayu dan Islam.. Taknak ker banding dengan peruntukan untuk setiap sekolah Agama dan Pondok.. Kan korang pandai buat Kiraan.. lebih mulia Kolej Univeristuy milik MCA dari Kolej Univerity milik PAS.. Apakah PAS barua MCA ?
Bayangkan, baru dua Kerusi MCA.. Depa tanpa rasa malu..Tanpa Peruntukan dalam Belanjawan bantu sekolah dan Unversity milik MCA sampai RM 58 Juta…Agaknya lepas ni apa lagi depa bantu.. bagaimana Duit Rakyat digunakan sewenang wenangnya dari GLC..begitu juga pengecualian cukai kepada taikun..
Hakikatnya MCA dan UMNO ni sama jer..Depa lah kelompok Ashabiyah.. lalu depa tuduh kepada PH dan DAP… itu sebab aku kata, besar hikmahnya dengan kewujudan kerajaan tebuk Atap ni.. Allah erlihatkan satu persatu wajah mereka.. Yang paling penting wajah Ulama Jahat dan penunggang Agama..!!