KASIHANI LAH DIRI ANDA SEBELUM MENGASIHANI PEJUANG TEGAR LAIN

KESIAN...

Kesian aku Tun M dan Anwar... letih kedua-duanya nak jaga penyokong dan orang keliling yang kadang-kadang lebih lajak dari laju...

Kalau baca dalam facebook yang dok lalu kat timelime aku ni memang meletihkan.

Aku tak nampak Anwar gila sangat nak jadi PM tetapi penyokong dan pendokong celapak sampai kelam. Tiada yang lain melainkan Anwar. Anwar segalanya.

Kalau kata Anwar gila sangat nak jadi PM, dalam mesyuarat Majlis Presiden terakhir dulu Anwar dah cakap kepada Tun sila bagi tarikh pada kami ... bila Tun nak lepaskan jawatan pada saya. Tapi Anwar tak cakap macam tu. Anwar serah pada Tun.

Yang kena maki Khalid Samad. Sebab Khalid la kononnya gila sangat desak Tun bagi tarikh tapi Anwar serah pada Tun.

Sekarang bila angka demi angka berlegar, para penyokong kembali menggila. Lupakan Atok. Atok khianat. Atok itu Atok ini.

Tiada yang lain melainkan Anwar. Anwar kata apa? Anwar kata ini bukan kerana saya, bukan untuk saya tapi untuk negara. Agenda reformasi perlu diteruskan.

Maknanya apa? Bukan terletak pada Anwar. Agenda reformasi itu bukan hanya Anwar. Amanah juga ada agenda reformasinya, DAP juga ada agenda reformasinya. Semua dalam PH bersetuju dengan agenda perubahan sistem pentadbiran yang selama ini dijahanamkan BN dan sekarang kembali dijahanamkan.

22 bulan kita bersama melakukan perubahan walau tidak sempurna tetapi jangan dinafi perubahan yang berlaku.

Kita sepasukan melakukan perubahan itu walau pun Atok yang menjadi terajunya. Sekarang perubahan yang kita buat sedang dihancurkan pengkhianat.

Masih nak berseteru kerana nama? Atok tak guna. Atok khianat. Anwar.. Anwar.. Anwar...

Sanggup kerana nama kita biarkan apa yang sudah dimulakan perubahan dihancurkan?

Owhhh biar kita tunggu PRU15... apakah pasti untuk ke pru15 itu kita tidak berbalah lagi? Musuh di sana sentiasa mahu kita berpecah berbalah. Mampukah kita tidak berpecah lagi?

Jangan kata sebagai sebuah gabungan, silap-silap sebagai sebuah parti pun kita tak mampu halang perpecahan.

Mengapa nak biarkan keadaan menjadi lebih teruk sedangkan sekarang kita mampu hentikan.

Cukup-cukuplah memainkan sentimen nama tu. Sekarang ada kawan yang masih mampu bertahan dengan nama.. jangan sampai kawan pun menyampah.. lepas tu baru terngadah.

Opssss lupa... aku pun dah geli dengan terma reformasi tu sebab tu aku ubah guna perubahan. Kadang-kadang terlampau terperangkap dengan istilah tetapi hakikatnya kosong. Macam pak lebai.. Islam memimpin.. membangun bersama Islam.. macam-macam diguna tapi kita semua tahu ianya tidak lebih dari umpan melalaikan.

Buktikan reformasi tu bukan hanya laungan.

ZULHAZMI SHARIF
Mantan Pegawai Tugas-Tugas Menteri Wilayah