Ditawar PM, TPM: Saya Pilih Kekal Pada Prinsip






DS Anwar Ibrahim mengulas spekulasi terkini mengenai pembentukan semula kerajaan Pakatan Harapan. Beliau menggambarkan perbincangan berjalan secara teratur dan tidak perlu tergesa-gesa. Hal yang perlu ialah bukan ulangi kesilapan lama. Jangan khianati amanah, bersih serta tidak menerima rasuah dan mengangkat agenda rakyat. Inilah cabaran yang sangat besar. Anwar juga mengulas mengenai prinsip yang sepatutnya diutamakan. Beliau menempelak sebahagian yang mempersoalkan tindakan KEADILAN ke atas pemimpin tertentu yang tidak lagi menyokong perjuangan parti. Sewajarnya pemimpin itu berprinsip dan meninggalkan parti. Anwar juga pernah ditawarkan pelbagai jawatan, PM, TPM jika ikut kerajaan Perikatan Nasional. Namun beliau kekal dengan prinsip. Mengenai sidang video 39 ahli parlimen KEADILAN, Anwar memuji agenda yang dibincangkan, iaitu mempertahankan prinsip. Ada pemimpin yang ditawarkan menjadi menteri, GLC dan sebagainya tetapi ditolak. Isu GLC juga menjadi ulasan, terutama lantikan ahli parlimen yang mempunyai pendapatan lumayan RM10,000 sebulan diberi lagi elaun dan kemudahan GLC. Anwar menyarankan agar mereka dalam suasana ekonomi sukar ini diberi elaun RM1,500. Adakah mereka sanggup? Berjuang kerana agama, bangsa dan negara?

No comments: