KISAH MAHATHIR DISAILANG MUHYIDDIN

Salam. Semalam punya update ya Berdasarkan daya ingatan saya :

1. Pencalonan Tun M sebagai Calon PM :

A. MPT sebulat suara memutuskan Tun M sebagai Calon tetapi Presiden tidak mengumumkannya.  Sebab itulah MP Bersatu ingat semua sokong Presiden sebagai PM.

B. MP Bersatu 6 daripaad 36 yang menyokong Tun M sebagai Calon PM tetapi Presiden mengeluarkan kenyataan ke semua 36 MP sokong TSMY sebagai Calon PM. SUA menjelaskan bukan beliau yang keluarkan Surat tanpa tanda tangan yang diedarkan berkaitan sokongan MP kepaad TSMY.

C. Presiden Tidak telus Dan menipu tentang 114 orang termasuk 36 orang MP Bersatu menyokong TSMY sebagai PM.

 2. Status Tun M selaku Pengerusi Bersatu

A. Apabila Presiden umum Bersatu keluar PH,  untuk bergabung dengan UMNO Dan PAS, Tun M umum letak Jawatan kerana Tun M telah menyatakan beliau tidak bersetuju dengan gabungan tersebut kerana para Penyangak masih ada di dalam Umno.

B. Selepas Tun letak Jawatan Pengerusi, MPT bermesyuarat Dan sebulat suara bersetuju merayu Tun menerima semula Jawatan Pengerusi. MPT juga memutuskan sebulat suara untuk menolak PERLETAKAN Jawatan Tun. Semua MPT membuat keputusan pergi berjumpa Tun M tetapi Tun hanya meminta Presiden Dan G5 sahaja datang menemui beliau. Presiden sendiri tandatangan persetujuan menerima semula Tun sebagai Pengerusi. Maka, apa yang diperkatakan oleh Presiden Dan Datuk Redzuan adalah tidak benar Dan tidak Sah. Tun masih sah sebagai Pengerusi Bersatu.

C. Surat Pengesahan Jawatan Tun sebagai Pengerusi yang dikeluarkan oleh SUA itu benar Dan mengikut peraturan.

3. Kenapa Tun M letak Jawatan Perdana Menteri

A. Apabila dimaklumkan tentang Gabungan yang sedang ditubuhkan, Tun telah memanggil Presiden untuk mendapat kan pendirian beliau. Tun mendapati TSMY telah lama berkempen ke arah gabungan ini Dan TSMY tetap dengan pendirian mahukan Bersatu bergabung dengan Umno n PAS sekarang walaupun Tun tidak bersetuju Dan Hanya bersetuju Ahli Umno yang tiada Kes Mahkamah  menyertai Bersatu supaya Bersatu lebih Kuat dalam PH. Maka Tun melihat, tindakan TSMY sebagai telah wujud perpecahan daalm Bersatu.

B. Presiden telah membuat tindakan sendiri tanpa persetujuan Ahli-ahli. Dan Apabila Tun Tanya, siapa yang akan menjadi PM dalam Gabungan ini, Presiden menjawab , beliau sendiri ( TSMY). Maka Tun mendapati TSMY telah khianat beliau dan parti yang telah ditubuhkan bersama atas Perjuangan menentang Penyangak. Sedangkan sebelum ini bila ditanya banyak kali oleh Tun, Presiden sentiasa menyatakan tidak berminat menjadi PM atas alasan Kesihatan  Dan akan Setia kepada Pengerusi.

*Viralkan, agar rakyat tahu kisah Sebenarnya*



No comments: