Pelaburan Meningkat 400%, Untuk Apa Kerajaan PH Kedah Ditumbangkan?





Ahli Parlimen Merbok, YB Nurin Aina mempersoalkan apakah alasan Perikatan Nasional menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan Kedah. Katanya, rakyat telah memilih PH pada pilihan raya umum ke 14 lalu. Namun apa yang berlaku sekarang merupakan proses penubuhan kerajaan baharu tanpa melalui pilihan raya. Rakyat akan menilai kejatuhan kerajaan PH Kedah dengan rasional. Kerajaan Kedah agak corot dalam ekonomi tetapi pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyaksikan peningkatan pelaburan ke Kedah hampir 400%. Peningkatan itu merupakan kesungguhan kerajaan PH memastikan hidup rakyat terbela dengan mewujudkan banyak projek-projek besar dan memberi peluang pekerjaan serta mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat Peluang peniagaan kepada anak muda juga meningkat melalui pelbagai cara. Kerajaan juga tidak terlibat dengan sebarang skandal dan rasuah. Tidak ada jawapan mengapa PN menjatuhkan kerajaan PH.


No comments: