UMNO KIAN CACA-MARBA



Semalam UMNO berbangga mengumumkan ia sudah berjaya melangkah hingga ke negara China.

Wakil UMNO dilaporkan akan berucap di Kongres Parti Komunis China pada 18 Oktober ini. 

Satu kejayaan luar biasa sebenarnya kerana DAP pun tidak pernah menerima jemputan seperti itu, meskipun parti itu selalu dimomokkan sebagai parti yang macam komunis sifat serta perjuangannya.

Terbukti kini UMNO lebih merupakan sahabat kepada Parti Komunis China berbanding DAP.

Cuma, beranikah laungan Hidup Melayu dijeritkan di kongres itu nanti?

Mungkinkah sebaliknya wakil UMNO itu yang kena belajar menghafal lirik lagu Parti Komunis China terlebih dahulu?

Hari ini pula dilaporkan UMNO sudah masuk ke sekolah rendah dan nyanyian lagu UMNO turut diajar kepada budak-budak baru bersunat untuk menyanyikannya.

Malah, guru-guru juga dipelawa untuk menyertai UMNO oleh seorang menteri yang hadir.

Adakah ini sesuatu yang pelik dan luar biasa?

Atau UMNO makin terdesak untuk menang di Putrajaya? 

Dari China ke sekolah rendah, hanya satu yang nyatanya - UMNO semakin caca-marba kelakuannya. (ShahbudinHusin 03/10/2017)

No comments: