PRU-15: JANGAN TABUR FITNAH MELAMPAU




1. Saya amat kesal dengan video yang sedang tular kini ucapan berbaur fitnah daripada calon Perikatan Nasional / Pas N.11 Gunong Semanggol, Haji Razman Zakaria yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Perak.

2. Pihak kami meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat dan meneliti ucapan Haji Razman tersebut yang mencemar perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.

3. Sewajarnya kempen-kempen berbaur fitnah ini dihentikan dan agama Islam cukup melarang UmatNya membuat fitnah kerana kesan kepada masyarakat cukup besar dan tindakan ini amat dikesali sama sekali.

4. Sepatutnya beliau fokus mengenai isu-isu rakyat seperti isu ekonomi, harga barang, kemiskinan dan sebagainya dalam kempen-kempen beliau terhadap para pengundi dan bukannya fitnah dan adu domba.

5. Jesteru, saya mengajak seluruh rakyat menolak calon-calon yang mengamalkan politik fitnah dan kebencian kerana ianya tidak membawa apa-apa manfaat dan kebaikan pun kepada rakyat dan negara.

Dato' Asmuni Awi

Pengerusi,

AMANAH Negeri Perak

7 November 2022

 

No comments: