Anwar julung kali hadap Agong sebagai PM


Anwar Ibrahim ketika menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim julung kali menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak dilantik sebagai perdana menteri minggu lalu.

Pertemuan itu diadakan di Istana Negara pada 5 petang tadi.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di hadapan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Khamis lalu, selepas kebuntuan politik hampir seminggu susulan keputusan pilihan raya umum ke-15.

Anwar mengetuai kerajaan perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah, dengan sokongan daripada Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan dua wakil rakyat bebas.


No comments: