Selepas Yusoff, bapa pula diambil keterangan


MGF04122019_PC-PENDEDAHAN-SKANDAL-AHLI-POLITIK_03-1

KUALA LUMPUR – Selepas dua hari berturut-turut dipanggil ke Bukit Aman, kini giliran bapa bekas penyelidik Presiden PKR, Muhammed Ali Mohamed Idris pula diambil keterangan di Balai Polis Pulau Pinang, hari ini.
“Sebelum ini dia telah dirakam percakapan dua kali selama 8 dan 3 jam. Kemudian abang dan adiknya pula.
“Doakan keluarga Muhammed Yusoff Rawther kuat dan tabah demi maruah dan harga diri keluarga mereka.

“Hari ini Yusoff berkejar balik ke Pulau Pinang untuk menemani ayahnya pula yang akan dirakam percakapan di Balai Polis di sana oleh pasukan dari Bukit Aman,” katanya pada laman sosial itu, hari ini.
Menurut laman Facebook bernama Solidariti Buat Muhammed Yusoff Rawther, dia terpaksa bergegas ke Pulau Pinang hari ini bagi menemani ayahnya yang akan diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman di Pulau Pinang.
Muhammed Yusoff yang merupakan bekas pekerja Anwar membuat dakwaan tersebut menerusi satu akuan bersumpah (SD) bertarikh 19 November, yang didedahkan pada 4 Disember lalu.
Dalam perakuan bersumpah itu, Muhammed Yusoff mendakwa insiden tersebut berlaku di rumah Anwar di Segambut pada 2 Oktober 2018.
Dia mendakwa insiden itu berlaku pada hari keempat kempen PRK Port Dickson yang ditandingi Anwar.
Dalam pada itu, laman sosial itu turut mendedahkan bahawa Muhammed Yusoff bukan sahaja berada dalam keadaan tertekan kerana siasatan polis bahkan menerima gangguan daripada orang-orang Anwar.
“Keluarga Yusoff dan dia sendiri sedia beri kerjasama sepenuhnya demi mencari keadilan untuk mereka.
“Jika pesalah orang biasa pasti biasanya akan ditahan dan direman. Malangnya kini pengadu pula yang menerima tekanan,” katanya laman sosial itu lagi.

No comments: