INI MESTI KERJA ATOK...

Ipoh Mali

Dalam tulisan aku beberapa hari lepas... terutama tulisan aku pasal Rafizi DAN Azmin... ada sahabat komen, "Ini mesti kerja Atok"... "Korang tak kenal lagi Atok"... bagi aku mudah... kita kena letak kepercayaan kepada seseorang itu, sebelum kita melihat tanda yang jelas mereka itu khianat sepertimana yang dilakukan Azmin DAN Zuraidah...

Dari semalam ramai yang cuba mengaitkan kononnya peguam Hanif Kathrie dengan Tun Mahathir... aku sendiri tak mempercayai Hanif Kathrie tapi aku cenderung tidak mengaitkan dengan Tun M. Bagi aku kita jangan cepat sangat berprangsangka...

Aku baru mendengar petikan ucapan Zuraidah di Malaysiakini. Bagi aku ucapan dia sendiri sekarang jelas cuba melaga-lagakan Tun M DAN Ds Anwar, motifnya jelas, ucapan dari orang yang gagal merancang sesuatu, tetapi masih berusaha melagakan Tun M DAN Ds Anwar jadi kita berhati-hatilah dari rencana jahat ini... aku cenderung untuk mengatakan Tun M tidak terlibat...

Bagi aku kalau ada rencana jahat itu bukan soal Tun M, boleh jadi dari kelompok si Kitol dalam PKR ini DAN pembangkang yang berusaha mengekalkan Tun M DAN menghalang Ds Anwar menjadi Perdana Menteri. Kalau ada pun dari kalangan Tun M, mereka adalah watak yang sama sepertimana fitnah Liwat 02 yang melibatkan Saiful Bukhari... kelompok ini mereka mempunyai hasrat yang sama seperti PAS dan sebahagian UMNO...

Kalau dilihatkan dari bicara Zuraidah, mak Lampir bagi aku depa ni tak pernah langsung rasa bersalah untuk berbuat jahat... apalagi menghina Ds Anwar... aku hari ini pun sangsi, apakah fitnah liwat melibatkan Saiful Bukhari itu sendiri datang dari orang dalam PKR? Pasti ada peranan orang dalam yang meletakkan Saiful Bukhari di situ...

Kita sendiri pun tahu bagaimana keputusan Ds Anwar di Mahkamah Rayuan berubah menjelang langkah Kajang DAN siapa yang dapat manfaat dari keputusan itu dalam Langkah Kajang DAN siapa yang bermain kayu tiga dalam peristiwa Langkah Kajang itu dengan UMNO dan PAS, malah sebelum PRU 14 lagi jelas siapa yang bertegas mahu bersama PAS dan memboikot gerak kempen Pakatan Harapan... cerita pengkhianatan ini bukan baru, sudah lama...

Kerja menghantar peguam untuk kerja politik ini bukan baru... tak hairan lah, masa Anwar dipenjara hanya 2 peguam ini terlibat berkomunikasi dengan Ds Anwar... Latheefa Koya DAN Surendren, kita tahu mereka dari kem mana... dari penjara ini lah dulu kononnya keluar warkah yang Ds Anwar mahu PAS bersama PH...

Bak ucapaan lama Ezam dulu... ada yang mahu berkuasa di dalam PKR dan ada yang mahu terus Ds Anwar dipenjara... depa ini tidak menjangkakan PH boleh menang di Putrajaya... rencana mereka, selepas PRU 14, mereka akan menguasai PKR dan menjatuhkan Wan Azizah...

Cuma usaha mereka gagal, bila strategi Rafizi berjaya mengalahkan regim UMNO dan Najib... hari ini satu persatu kejahatan DAN rencana jahat mereka terdedah... selepas Hadi Bewok, In sya Allah... Allah akan zahirkan wajah pengkhianat DAN wajah si Kitol seterusnya... - Ipohmali, diedit oleh papa Bob.