Kerajaan Setuju Perkukuh Agenda Cegah Rasuah Babit Semua Pihak – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Putrajaya pada 12 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 Mac – Kerajaan bersetuju untuk mengukuhkan lagi agenda pencegahan rasuah negara berasaskan penyertaan semua pihak, hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Turut dipersetujui pada mesyuarat itu, jelas Perdana Menteri, adalah pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer-CeIO) dan pemerkasaan koordinasi strategik antara agensi, menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Putrajaya pada 12 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, kerajaan akan kekal fokus memperkasa agenda tatakelola bagi memastikan integriti dan ketelusan terus menjadi teras perkhidmatan awam demi menjunjung amanah rakyat dan memperteguh keyakinan terhadap institusi negara.

“Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN), saya menegaskan keseriusan isu ketirisan wang awam dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merencatkan tadbir urus negara, malah menjejaskan kesejahteraan rakyat, termasuk kesihatan awam, alam sekitar dan integriti nasional.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Putrajaya pada 12 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai dalam memerangi rasuah, namun usaha ini perlu diperkukuh melalui pembudayaan integriti dan amalan tatakelola yang baik secara menyeluruh, membabitkan sektor awam, swasta serta masyarakat.

“Antara dipersetujui di dalam mesyuarat ini ialah pelaksanaan Program CeIO, pengukuhan agenda pencegahan rasuah negara berasaskan penyertaan semua pihak serta pemerkasaan koordinasi strategik antara agensi,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Putrajaya pada 12 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri serta para pegawai kanan kerajaan serta Jabatan Audit Negara (JAN).


No comments: