MAJIKAN DIDENDA RM55,000 BENAR PATI DI PREMIS”





BERA - Tiga majikan didenda antara RM10,000 dan RM55,000 oleh Mahkamah Sesyen PATI Kemayan semalam kerana membenarkan pendatang asing tanpa izin berada di premis mereka.


Kesemua majikan terbabit didakwa mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM6,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja. Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada tertuduh atau penjara sebulan bagi setiap pekerja.


Turut didenda antara RM1,000 dan RM4,000 adalah 18 imigran Thailand, Bangladesh (3), Pakistan (2), Vietnam (1) dan Myanmar (1) atas kesalahan kesalahan masing-masing. Selain itu mahkamah yang sama juga menjatuhkan hukuman penjara antara 4 hingga 8 bulan ke atas 9 imigran Bangladesh, Pakistan (3), Indonesia (2) dan Thailand (2). Kesemua yang dihukum adalah tangkapan hasil operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pahang antara Disember 2023 hingga Januari 2024.


Pendakwaan dilakukan oleh pegawai-pegawai pendakwa JIM Mohd Shahril Azrem Mohd Salleh, Rosemi Daud, Mohd Syafiq Abdullah Hashim dan Che Afini Zakirawatie Mohamad Subhi.


JIM Pahang mengingatkan majikan agar tidak mengambil pekerja asing tanpa pas atau permit yang sah bekerja di premis mereka. Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang melindungi PATI.


Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang