LAWATAN YB SENATOR TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD KE ULU TEMBELING.






Jerantut 12 Nov 2019 - Lawatan YB Senator Tuan Manolan Mohamad ke Sk Ulu Tembeling dalam program suai kenal masyarakat orang Asal telah memberikan semangat dan motivasi kepada penduduk orang asal agar ke sekolah dan menjayakan dan menuntut perubahan sikap tentang pentingnya pendidikan.

Menurut YB Manolan, hanya dengan pendidikan akan dapat meningkatkan jurang ilmu dan pendapatan dan sesungguhnya pendidikan bukan sahaja akademik, malahan juga meneruskan usaha dan semangat untuk belajar akan dapat menempatkan mereka di institusi pendidikan tinggi dan kemahiran terutamanya TVET dan ini menjamin masyarakat orang asal mendapatkan pekerjaan tetap dan membantu kehidupan harian dan keluarga, dari terlalu bergantung  kepada hasil hutan semata mata yang mengikut musim.

Beliau berucap sewaktu majlis suaikenal bersama masyarakat orang asal Ulu Tembeling khasnya penduduk Kampung Kuching.Turut hadir  Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut En Jamalruddin dan En Rosli Bin Mubin.

Beliau yang juga merupakan Biro Orang Asal PKR Pahang dan mengetuai MOADA telah menyumbangkan sumbangan sebanyak  RM  2500 iaitu dalam program yang berkaitan pendidikan selain program 1st Native Jamboree yang diadakan baru baru ini di Kuantan.

No comments: