ANWAR AJAK RAKYAT SERTAI PAKATAN


SELANGOR-20JUN-Dato Seri Anwar Ibrahim semalam menjemput para Ahli Parlimen UMNO untuk berhijrah kepada Pakatan Rakyat.Kini sempena 100 hari pemerintahan Selangor,kerajaan negeri ini telah berjaya memberi air percuma"Mana ada kerajaan negeri yang sanggup memberi air percuma,malah warga tua pun kita tidak lupakan",demikian jelas beliau dalam perjumpaan bersama rakyat di Selangor semalam.


Beliau juga memberi contoh dimana pimpinan kerajaan Kelantan perlu diberi perhatian dan diambil contoh kerana soal perbelanjaan dan menyokong kerajaan pimpinan Lim Guan Eng yang menjalankan prisip kerajaan yang baik dimana seorang Ketua Menteri berbangsa Cina mengarahkan program mengimarakkan masjid-masjid dan menaikkan elauns tambahan bagi guru-guru KAFA di negeri Pulau Pinang,


Mengenai ekonomi pula, beliau menjelaskan bahawa dasar ekonomi yang telus ,menjauhi rasuah ,kelulusan segera ,mengurangkan kerenah birokrasi dan ketepatan janji dan masa barulah orang yakin untuk melabur dalam negara kita.



"Saya juga baru -baru ini ke Dubai berjumpa tokoh-tokoh perniagaan dari negara-negara Arab yang mahu menjadikan Selangor sebagai tempat utama pelaburan bagi negaria mereka.Maka kerana itu kerajaan campuran ini harus diurus dengan baik ,telus dan pembanggunan ekonomi ini harus diuruskan dengan baik.Oleh itu semua ahli politik Pakatan rakyat di haramkan untuk berniaga", demikian jelas Anwar lagi.




Petikan dari video Malaysiakini.com

No comments: