PKR PULAU PINANG MERAIKAN WARTAWAN



Pulau Pinang 20 Jun-Pertemuan para wartawan dan bloggers dari perbagai media julung-julung kali diadakan dan diraikan oleh calon-calon PKR Pulau Pinang malam ini. Pertemuan yang diadakan di rumah tetamu yang terletak di Jalan Mc Calister ini dihadiri lebih 20 wartawan dari pelbagai media baik dari media kerajaan dan juga media bebas dan media parti sendiri.


Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga pengerusi perhubungan negeri PKR Dato Zaharin Hashim.Dalam ucapannya , YB Dato Zaharin menerangkan bahawa sehingga kini 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah ketua menteri Tuan YB Lim Guan Eng, PKR mempunyai report atau laporan yang baik.


Turut hadir ialah YB Abdul Malik,YB Lau,Yb Sim ,Pak Mus Pengarah Pilihanraya negeri,ahli-ahli majlis kerajaan tempatan dan juga para media yang hadir .






"Setiap wakil PKR mestilah yang berwibawa dan menunjukkan prestasi yang baik"' demikian jelas Dato Zaharin lagi.Ini adalah kerana untuk menjaga parti malah jangan sekali-kali mempunyai sikap dan perangai seperti parti yang lama iaitu merujuk kepada parti UMNO.



Masaalah pembaziran dalam kerajaan negeri tidak timbul langsung,maka kerana itu para wakil pun perlu juga amalkan langkah-langkah penjimatan sebagaimana yang di lakukan oleh YB Ketua Menteri yang hanya menaiki pesawat menggunakan kelas ekonomi.


"Harapan rakyat amat tinggi,maka kerana itu saya meminta agar wakil-wakil rakyat hadir dalam program dan bekerja dengan rakyat.Perjuangan ini belum berakhir sehingga kita mengambil alih kerajaan Pusat,malah ,perjuangan membela kaum Melayu akan dapat pembelaan dan perhatian utama dari kerajaan Pakatan Rakyat dan PKR mengambil tanggungjawab ini sebagaimana yang diarahkan oleh Daro Seri Anwar Ibrahim."demikian jelas YB Dato Zaharin lagi yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Sesuatu yang penting ialah wartawan memainkan peranan bahawa kepentingan laporan-laporan yang tepat dan mempunyai intergriti ,dan pihak PKR amat menghargai kehadiran para wartawan.dan kerajaan Pakatan Rakyat memberi kerjasama terutamanya kepada jasa-jasa para wartawan.Mungkin ada beberapa perkara yang boleh dijelaskan dan ada perkara yang perlu di luahkan bila tiba masanya,beliau juga menyatakan laporan dan kualiti laporan yang lebih baik yang di laporkan oleh wartawan di dalam dada-dada akhbar memainkan peranan penting merubah persepsi masyarakat. Beliau juga mengharapkan kerjasama yang rapat antara wartawan dan para wakil rakyat akan terus dijalinkan demi melaporkan sesuatu yang benar dan bukan untuk memanipulasikan berita.
Para wartawan kemudianya dihidangkan dengan jamuan sebagai "hadiah" bekerja keras membantu semasa kempen pilihanraya yang memberi impak kemenangan yang besar kepada Pakatan Rakyat.


.