ADA BAIK DAN TIDAKNYA DEDAH ADA TAWARAN

 MOHD SAYUTI OMAR

Sejak semalam kita dikejutkan dengan usaha untuk membeli ahli parlimen pembangkang (PH) bagi menyelamatkan nyawa politik Mahiaddin dan kerajaan PN. Celaka cis.

Didedahkan lima orang ahli Parlimen Keadilan dan tiga ahli Parlimen DAP dihubungi dengan tawaran agar meninggalkan parti mereka.

Usah tanya berapa banyak imbuhan.

Daripada PKR, mereka Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor), Azman Ismail (Kuala Kedah), Cheng Ming Kai (Alort Setar), Muhammad Bakhtiar Wan Chik ( Balik Pulau) dan Nik Azmi Ahmad (Setiawangsa).

Semenatara daripada DAP, M Kulasegaran (Ipoh Barat), Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) dan Kelvin Yie (Kuching).

Semua berjumlah lapan orang. Jumlah itu masih belum mencukupi untuk cover 12 ahli parlimen Umno yang tarik diri sokongan kepada kerajaan PN. Ertinya broker sedang mencari tiga atau empat orang lagi wakil rakyat untuk menggenap angka.

Setakat ini tidak ada apa-apa pendedahan daripada wakil Amanah. Apakah parti itu juga turut sama dihimpit? Tidak mustahil. Kalau dihimpit dan tidak ada pendedahan bagus juga, tetapi jangan diam-diam ada yang membuat rundingan senyap. Jangan turun bukit untuk rebut ghanimah weh.

Sikit bimbang kerana sebelum ini ada cerita beberapa ahli Parlimen Amanah dihubungi dan ditawar jawatan. Teruja.. ada juga yang mengurut dada. Jangan bang..jangan. Jika anda buat anda akan dimaki hingga ke neraka.

Dalam pada itu rasanya strategi tidak baik apabila parti mendedahkan ada MP mereka dikepong, sepatutnya dibiarkan sahaja broker berangan, yang penting teguhkan imam dan buat surpise dihujungnnya nanti. Biar broker maut di tengah jalan bersama Mahiaddin. Trims.