SAMSENG BERBANGSA ROHIGYA BEBAS MELAKUKAN JENAYAH DI MALAYSIA. KINI HADAPI TUDUHAN JENAYAH DAN ROGOL.




Ayah anda Long Tiger didakwa dan tidak dibenarkan ikat jamin!


Seorang lelaki etnik Rohingya, Abdul Hamim

yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di atas

dakwaan melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan warga tempatan, Luqman Hakeem Othman, 21, dengan tujuan hendak mendatangkan cedera parah dan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada mangsa.


Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Dia juga turut didakwa mengurung Luqman Hakeem mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di No, 169, Tingkat 1, Jalan Gambir 7, Bandar Baru Bukit Gambir di sini antara 6 petang dan 7.05 malam, 12 Julai tahun ini.


Permintaan pendakwaraya agar tertuduh tidak dikenakan sebarang jaminan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius selain bimbang tertuduh akan mengganggu saksi dalam kes tersebut dibenarkan oleh hakim 


8 September depan untuk sebutan semula kes.


Long Tiger sebelum ini menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi termasuk memfitnah pegawai polis melalui beberapa sesi siaran langsung di platform media sosial.


Difahamkan, dia turut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar pada petang Ahad atas pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Bernama

No comments: