Hampir 50 peratus rakyat Negeri Sembilan terima 2 dos vaksin

 


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun melaporkan bahawa sebanyak 389,175 orang di seluruh Negeri Sembilan atau 47.79 peratus daripada penduduk berumur 18 tahun keatas telah menerima 2 dos vaksin setakat ini.


Katanya, manakala sebanyak 631,006 orang atau 77.50 peratus daripada penduduk berumur 18 tahun keatas telah menerima 1 dos vaksin.


"Kerajaan Negeri menjangkakan peningkatan jumlah penduduk yang lengkap divaksin dalam minggu terdekat ini berikutan ramai yang telah menerima dos pertama dan sedang menunggu temujanji dos kedua.


"Secara keseluruhannya, hampir 35 peratus daripada populasi di seluruh Negeri Sembilan telah lengkap divaksin.


"Insya-Allah, Negeri Sembilan sedang berusaha mewujudkan imuniti kelompok. Semoga sasaran imuniti kelompok tercapai pada bulan Oktober kelak," katanya.

No comments: