Tiada lagi istilah herd immunity, tidakkah itu buktinya program vaksinasi gagal?

 


Tiada lagi istilah herd immunity, tidakkah itu buktinya program vaksinasi gagal?


Membaca laporan Awani sebentar tadi berkenaan kenyataan Khairy , Menteri Kesihatan tentang tiada lagi konsep Herd Immunity atau Imuniti Kelompok setelah kita capai 80% Jumlah Vaksinasi dewasa.. Apakah kita nampak, Sekali lagi tiang gol diubah bagi menutup kegagalan program Becksinasi..

Antara alasan KJ, Semuanya berubah bila datang nya varian Delta antara sebab Immunity kelompok tak dapat dicapai… Kalau itu alasan KJ, Tanpa varian Delta, Sebenarnya tanpa Vaksin jauh lebih baik data kematian dan kes Covid-19 di Malaysia.. Boleh kah kita kata lonjakan kes disebabkan program Becksinasi Gagal..Terutama Becksinasi yg dilakukan secara tidak teratur dan Mega ala Funfair oleh KJ Dulu ternyata gagal mencapai matlamat ?..

Maaf, Aku bukan anti Beckssin seperti para asatizah penunggu Imam Mahdi, Aku akui pentingnya Becksin bagi meningkatkan Imuniti dan mengurangkan kes kritikal..Cuma aku berbeza pandangan.. cara program Becksinasi dilaksanakan.. siapa yg baca tulisan aku sejak dulu..Sejak awal aku kata, Strategi Becksinasi Negara tidak tepat..Mereka terlampau mengejar angka dan menganggap Becksin seolah olah ubat Ajaib menyelesaikan pandemik…

Untuk Pengetahuan, Jika nak kata ada kesan baik Becksinasi terhadap varian Delta, Negara lain yg lebih rendah Becksinasi mereka jauh lebih baik..Sebagai contoh Indonesia, Belum capai 15% becksinasi lengkap populasi rakyatnya..Tetapi berjaya melandaikan kes, Indonesia mencapai kes terendah dalam tempoh 1 Tahun, Dari 60 Ribu kes sehari kepada 1932 Kes sehari..Lebih rendah dari kes di Selangor.. Begitu juga kematian turun 90%..Persoalannya kenapa mereka Berjaya.. ? Sudah tentu bukan sebab Becksin pada kadar 15% becksin lengkap..

Begitu juga negara yg capai Immuniti Kelompok..Sebagai contoh UK, Israel dan Singapura.. selepas capai 50-60% becksinasi dari populasi rakyat mereka.. kes berjaya dilandaikan kepada sifar kematian berbulan lamanya.. sebelum baru baru ini berlaku lonjakan semula.. Jadi mereka berjaya landaikan kes..

Hatta Negara yg seperti Thailand, Vietnam yang tak sampai 10% populasi rakyatnya menerima becksin lengkap tetapi jauh lebih berjaya landaikan kes Covid-19.. Jadi berhenti berikan alasan atas kegagalan sendiri..


Kalau nak letak salah pada varian Delta.. Jika kejayaan Becksinasi itu berjaya menurunkan kes, Tanpa Becksin dan varian Delta pun.. pada bulan mei kes kematian hanya sekitar 20-30 pesakit sehari.. Sekarang dengan pelbagai manipulasi angka kematian kononnya tertunggak masih melebih 100 kematian sehari..

Tapi boleh kah kita katakan jauh lebih baik tanpa Becksin ? Tidak.. Becksin tetap langkah terbaik bagi mencapai immunity Kelompok..Kegagalan Kerajaan adalah memutuskan rantaian sepertimana berlaku di UK, Israel dan Singapura biarpun melaksanakan tempoh Lockdown terlama..

Harus diingat..Singapura dan Israel sudah mendabik dada mengatakan sudah beralih ke fasa Endemik..Sudah landaikan kesm hari ini berlaku lonjakan semula.. Jadi kita juga perlu bersedia atas segala kemungkinan..

Jadi berhenti bergantung kepada Becksinasi.. Menghadapi krisis besar samada Ekonomi dan Kesihatan..Kita perlukan pemimpin yang ada kebijaksanaan seperti Pak Jokowi.. Bukan gaya jer lebih.. Tidak apa yang boleh diharapkan.. bagi aku petanda menakutkan dengan langkah Kerajaan Mutaakhir ini..

aku tengok KJ masih tergagap gagap memahami pandemik Covid-19 di parlimen.. Nasiblah takda sorang MP PH aku lihat bijak mencabar fakta dan data Covid-19 ini di parlimen dengan merujuk situasi yang berlaku di negara jiran terutama Indonesia.. 🙂

Ipohmali

No comments: