MASIH MAHU JADI PM LAGI? SUDAH LA ATOK.....lagi kes nyakat OT95

 

Image may contain: 1 person, text

MASIH MAHU JADI PM LAGI? SUDAH LA ATOK.....

Dah jadi PM paling lama 22 tahun. Kemudian jadi PM paling singkat 22 bulan. Dinasihatkan jgn letak jawatan, dia letak. Buat keputusan sendiri.

Kemudian, terima pula jawatan PM interim. Merancang nak jadi PM kerajaan perpaduan, sekaligus boleh kuburkan PH. Bila PH berjaya dimusnahkan, tidak timbul lagi isu Anwar akan jadi PM. Dia akan terus jadi PM kerajaan perpaduan sehingga dia mereput atas kerusi pejabat PM. Malangnya, cita2 jahat dia gagal untuk wujudkan kerajaan perpaduan.

Bila gagal, kembali semula kepada PH dan masih mahu dicalonkan sebagai PM. Tetap gagal, dan salahkan Anwar. Bila dengar Anwar dapat numbers untuk diangkat sebagai PM, cepat2 dia cari Ku Li agar dapat halang Anwar dari dilantik sebagai PM.

Amat bimbang kalau Anwar diangkat sebagai PM. Dia pun offer nak jadi PM lagi. Kalau tak dapat jadi PM, dapat jadi PM interim sekali lagi pun ok. Nampak tak, punyalah rakus, busuk hati orang tua ni. Lepas tu tuduh Anwar gila mahu jadi PM. Siapa yang masih percaya kat orang tua macam ini, tak tahu nak kata apalah.

WFAUZDIN NS