Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 3 November ini bagi mendengar perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut menyentuh Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Hakim Datuk Aslam Zainuddin menetapkan perbicaraan didengar selama enam hari iaitu pada 3, 4, 5, 11, 12, dan 13 November. Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan beliau tidak dijemput oleh Seri Paduka selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu. Pada prosiding itu, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad memaklumkan, pasukan pembelaan memohon tarikh perbicaraan selepas September ini bagi membolehkan kes Jana Wibawa melibatkan bekas Perdana Menteri di mahkamah berlainan, didengar terlebih dahulu. Menurut beliau, perbicaraan kes tersebut kini berlangsung di hadapan Hakim Noor Ruwena Md. Nurdin dan dijadual selesai selepas September. “Kami bersedia, sebanyak 115 akuan bersumpah telah diberikan kepada pihak siasatan. Mohon pendakwaan menyerahkan senarai saksi dan pernyataan bertulis untuk kegunaan perbicaraan kelak,” ujarnya.
PENJARA 3 TAHUN & DENDAH RM5K! KES HASUTAN MUHYIDDIN JIKA SABIT KESALAHAN!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment