PKP 2.0: Prihatin melihat rakyat terhimpit, ini sektor dibenarkan kembali dibuka

 


Faris Danial Razi
PKP 2.0: Prihatin melihat rakyat terhimpit, ini sektor dibenarkan kembali dibuka
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya sedar ramai yang terkesan dari segi ekonomi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 semestinya berbeza dengan PKP yang diadakan pada Mac tahun lalu. Kali ini, kerajaan memberikan lebih banyak kelonggaran.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya sedar ramai yang terkesan dari segi ekonomi.
"Ada yang terpaksa gulung tikar dalam perniagaan dan peratus pengangguran meningkat.
"Menyedari hakikat ini, sedikit demi sedikit kerajaan mengambil pendekatan untuk melonggarkan sektor ekonomi.
"Kerana apa? Kerana kelangsungan hidup mereka yang terkesan dek kerana pandemik COVID-19," jelasnya.
Untuk itu, kerajaan bersetuju untuk membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bagi memastikan kelangsungan ekonomi khususnya kepada para peniaga kecil.
Pembukaan sektor di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 setakat 9 Februari adalah seperti berikut:
SENARAI SEDIA ADA
1. Kompleks membeli-belah;
2. Pasaraya/ pasaraya besar;
3. Departmental Store (hanya makanan, keperluan harian, keperluan bayi dan kanak-kanak, perubatan, peralatan elektrik dan berkaitan perlindungan dengan COVID-19);
4. Farmasi/ penjagaan diri;
5. Kedai serbaneka/ mini mart;
6. Dobi (termasuk layan diri);
7. Restoran (take away);
8. Kedai perabot;
9. Kedai emas;
10. Kedai cermin mata;
11. Kedai elektrik dan elektronik;
12. Kedai buku & alat tulis;
13. Kedai hardware;
14. Kedai makanan haiwan;
15. Kedai peralatan sembahyang dan pengebumian;
16. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti;
17. Pusat pengedaran dan jualan kereta;
18. Other Specialty Retail Stores: Stesen minyak;
19. Pusat cuci kereta;
20. Kedai gunting rambut dan salun (perkhidmatan gunting rambut sahaja);
21. Pemborongan (semua kategori produk);
SENARAI TAMBAHAN
22. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori;
23. Kedai kasut;
24. Kedai barang fotografi/ perkhidmatan fotografi;
25. Kedai barangan terpakai;
26. Kedai bunga/ nurseri;
27. Kedai kraftangan dan cenderahati;
28. Kedai antik;
29. Kedai alat permainan;
30. Kedai permaidani;
31. Kedai kandungan kreatif/ peralatan industri kreatif;
32. Kedai outdoor;
33. Kedai peralatan sukan;
34. Barangan rumah dan peralatan dapur;
35. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi;
36. Kedai tembakau;
37. Kedai aksesori kenderaan; dan
38. Restoran (dine-in).
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 09 Feb 2021
Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi secara dine in atau makan di kedai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Beliau menjelaskan sidang khas Majlis Keselamatan Negara memutuskan kebenaran itu diberikan bermula pada 10 Februari dengan jumlah dua orang semeja.


No comments: