MUSUH NOMBOR WAHID NEGARA
Ikut amalan di negara ini, sesebuah kerajaan yang sedang berkuasa
hanya boleh dijatuhkan dengan dua cara, iaitu:
1. Melalui Parlimen (Undi tidak percaya/undi percaya)
2. Akuan Bersumpah (SD) dari Ahli-Ahli Parlimen.
Siapa ada bukti dan fakta bahawa kedua-dua di atas pernah terjadi
sewaktu Mahathir menjawat jawatan PM di bawah kerajaan PH? Kompom tiada.
Ertinya, kerajaan PH tidak dijatuhkan melalui dua cara di atas.
Tapi, mengapa kerajaan PH itu jatuh?
Terdapat pembelot dan pengkhianat di dalam PH itu sendiri..
Namun, mereka tidak pernah berjaya rampas kerajaan PH walaupun cita-cita mereka
telah lama untuk berbuat demikian.
Bila mereka berjaya?
Apabila bapak segala pengkhianat, Mahathir secara sukarela,
bersendirian, berahsia tanpa diketahui oleh Majlis Presiden PH, telah
meletakkan jawatan tanpa menyerahkan kepada yang dijanjikan iaitu Anwar
Ibrahim, atau paling tidak pun diserahkan kepada Timbalannya Kak Wan.
Perletakan jawatan dengan niat jahat iaitu untuk menghancurkan PH dan
mewujudkan kerajaan perpaduan itu menjadi punca pengkhianat dan gerombolannya
menyerbu masuk.
Ada yang beri hujah bodoh, kononnya jika Mahathir tidak letak
jawatan sekalipun kerajaan PH akan tumbang kerana Bersatu Muhyiddin dan geng
semburit tidak menyokong PH lagi. Apa bukti kerajaan PH tetap tumbang?
Pembuktian hanya boleh dibuat di dalam Parlimen atau SD, tetapi ianya tidak
pernah berlaku sebelum Mahathir buat kerja gila meletakkan jawatan.
Mahathir buka pintu dan kunci ditinggalkan. Di sini barulah
bermulanya proses Akuan Bersumpah (SD) iaitu selepas Mahathir beri ruang
terbuka luas untuk pengkhianat merampas mandat rakyat.
Pernah saudara semua dengar Mahathir mengaku salah dan memohon
maaf kepada seluruh rakyat yang telah memberi mandat kepada PH dalam PRU14 yang
lalu? Tidak pernah samasekali. Apa yang kita dengar dari mulut Mahathir adalah
menyalahkan Anwar dan Kit Siang.
Sehubungan itu, marilah kita sama-sama bersumpah untuk tolak
Mahathir selama-lamanya. Sesiapa yang beri muka dan ruang kepada orang tua ini,
kita istiharkan sebagai musuh kita.
WFAUZDIN NS