ALAHAI JIB....BUKANKAH KAMU YANG BERKUASA PENUH KEATAS SEMUANYA DI MALAYSIA INI ?

 


Kenapa kamu tak siasat sub-kontraktor LCS, Najib soal Rafizi






Najib Razak mempersoalkan bagaimana dia boleh diheret dalam perkara
 itu sedangkan tidak pernah terlibat dalam penganugerahan dan
 pengurusan projek LCS.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mendesak Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyiasat pemilik kepada dua sub-kontraktor dikaitkan dengan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ia susulan dakwaan Rafizi mengenai penglibatan Najib dalam projek itu.

Rafizi mempersoalkan mengapa pentadbiran Najib tidak membeli LCS secara terus daripada DCNS sebaliknya melalui struktur berlapis melibatkan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan dua sub-kontraktor Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED).

Najib membalas dengan mempersoalkan tindakan Rafizi yang tidak menyatakan nama kedua-dua sub-kontraktor yang terlibat.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata, kedua-dua syarikat itu adalah entiti usaha sama Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), anak syarikat Boustead, dan syarikat Jerman Rheinmetall Air Defence AG.

Najib berkata, pengarah urusan BHIC dan pengerusi jawatankuasa projek LCS ketika itu ialah bekas panglima tentera laut Ahmad Ramli Mohd Nor.

“Kenapa tak siasat sepenuh-penuh dan sepuas-puas hati sekiranya bekas panglima laut, syarikat Boustead milik LTAT dan syarikat Jerman itu disyaki bersalah? Saya tak ada bantahan sebab saya langsung tak terlibat,” kata Najib di Facebook.

Najib mempersoalkan bagaimana dia boleh diheret dalam perkara itu sedangkan tidak pernah terlibat dalam penganugerahan dan pengurusan projek LCS.

Semalam, Rafizi berkata Najib tidak boleh “cuci tangan” daripada skandal LCS.

Beliau berkata, hal ini kerana Najib merupakan perdana menteri ketika kerajaan menandatangani perjanjian bagi projek LCS, satu-satunya pihak yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal tersebut daripada keperluan tentera laut.

Pada Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata Kementerian Pertahanan dan BNS telah mengabaikan pandangan tentera laut mengenai projek LCS.

No comments: