GERAK LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA : MESTI KENA SIASAT..TAK KAN DUIT RAKYAT DAN DUIT NEGARA BERBILLION NAK BUAT DIAM..TA KAN JANJI SETAHUN DUA NI SIAP , KIRA SETTLE...SENANG BANYAK LA...

 


Siasat Najib, Zahid dan Hishammuddin, kata Pemuda DAP




Projek kapal tempur pesisir itu mendapat kritikan selepas kerajaan membelanjakan RM6 bilion setakat ini tanpa ada satu kapal pun dihantar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda DAP menggesa siasatan dilakukan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dan menteri pertahanan semasa Hishamuddin Hussein berhubung kelewatan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ketuanya Dr Kelvin Yii berkata, beberapa laporan polis akan dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam projek kapal tempur pesisir yang bernilai RM9 billion.

Yii turut menggesa orang ramai supaya melakukan perkara yang sama sambil berkata bahawa pemimpin mesti memikul tanggungjawab dalam kegagalan perolehan projek, dengan mengatakan menteri kanan yang mempunyai kuasa membuat keputusan secara langsung mahupun tidak langsung dalam projek itu harus disiasat.

Projek kapal tempur pesisir tersebut memerlukan pembinaan enam frigat, dan kapal pertama dalam kelas itu, KD Maharaja Lela telah dilancarkan pada 2017.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagaimanapun, tiada satu pun daripada enam kapal yang dijadualkan untuk dihantar antara 2019 sehingga tahun ini diterima.

“Kami menggesa pihak berkuasa untuk mengambil serius perkara ini dan menyiasat semua yang terlibat, termasuklah Najib, Zahid, Hishamuddin dan pemimpin lain,” kata Yii.

Beliau mendakwa bahawa kerajaan tidak mengambil serius terhadap isu itu dan tidak mempunyai niat untuk bertanggungjawab, sambil mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memekakkan telinga berhubung perkara itu.

Projek tersebut telah mendapat kritikan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selaku badan pemerhati Parlimen yang berkata pada Khamis bahawa kerajaan telah mengabaikan pandangan tentera laut mengenai kontrak itu.

Jawatankuasa itu berkata, reka bentuk awal yang dipilih tentera laut serta diluluskan oleh Kementerian Pertahanan telah ditukar kepada kapal Gowind rekaan Perancis atas cadangan B Boustead Naval Shipyard (BNS) kepada menteri pertahanan ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi.

Hishamuddin awal hari ini berkata, LCS pertama akan siap dalam tempoh sekurang-kurangnya satu atau dua tahun.

Beliau berkata, kementriannya akan memastikan projek itu siap mengikut tempoh yang ditetapkan.

No comments: