30 hari Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan

30 hari Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan

Anis Nazri, 29 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 29 April: PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar), berkata masa tersebut sudah mencukupi bagi kedua-duanya meletakkan jawatan ekoran terdedahnya keahlian parti politik mereka.

"Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan.  Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan 'pengadil' dalam sesebuah pilihan raya," tegas Syed Azman, pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.

Perkara tersebut disokong Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi PAS Pusat.

Katanya, sebagai seorang 'pengadil', adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana 'pemain'.

"Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United.  Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor.  Teruklah Kelantan," kata beliau.

Sehubungan itu, Mohamad berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai  pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, esok, di Putrajaya.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

TUN M: SIAPA PENYANGAK?

   BOB KELANANG Tun M kata dia sedia kerjasama dengan PN di PRU ke 15. Asalkan tidak ada individu yang digelarnya “penyangak". Di...