Lim Sian See cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan MADANI membazir wang rakyat melalui J-KOM dengan memaparkan peruntukan sekitar RM16 juta bagi tahun 2025 dan 2026. Namun apabila keseluruhan rekod peruntukan diteliti, gambaran sebenar adalah jauh berbeza daripada naratif yang cuba dibina.
PERTAMA: PERUNTUKAN MADANI ADALAH ANTARA YANG PALING RENDAH DALAM SEJARAH JASA/J-KOM
Rekod Anggaran Perbelanjaan Persekutuan menunjukkan:
Tahun Peruntukan
2015 (BN) RM22.72 juta
2016 (BN) RM22.80 juta
2017 (BN) RM22.89 juta
2018 (BN) RM30.02 juta
2019 Dibubarkan
2020 Dibubarkan
2021 (PN) RM81.55 juta ke RM 45
2025(MADANI) RM16.06 juta
2026(MADANI) RM16.23 juta
Fakta ini menunjukkan bahawa peruntukan J-KOM hari ini bukan sahaja lebih rendah berbanding era Perikatan Nasional, malah lebih rendah daripada peruntukan JASA ketika pentadbiran Najib Razak.
Jika RM16 juta dianggap membazir, mengapa RM81.55 juta ke RM 45 juta yang diperuntukkan pada tahun 2021 tidak dijadikan isu yang sama besar?
Source: MalaysiaNow https://share.google/aLhfvE6PAx1mMkAfv
Source: Sinar Harian https://share.google/7cJ1VKcRjQ0XAMpCv
KEDUA: LIM SIAN SEE GAGAL MEMBERIKAN KONTEKS SEBENAR MENGENAI SAIZ ORGANISASI
Ketika JASA dibubarkan pada 2018, bekas kepimpinannya sendiri menyatakan lebih 800 kakitangan kontrak terjejas manakala sekitar 300 kakitangan tetap diserap semula ke jabatan lain.
Ini menunjukkan jumlah keseluruhan tenaga kerja JASA ketika itu boleh mencecah sekitar 1,100 orang.
Ini menunjukkan struktur JASA pada penghujung era BN melibatkan tenaga kerja yang jauh lebih besar berbanding J-KOM hari ini.
Sebaliknya, jawapan rasmi Parlimen pada tahun 2024 menunjukkan J-KOM mempunyai:
• 155 jawatan tetap yang diisi
• 307 jawatan kontrak yang diisi
Jumlah keseluruhan hanya sekitar 462 pegawai.
Maka adalah tidak adil untuk membandingkan angka peruntukan tanpa mengambil kira bahawa saiz organisasi juga telah dikurangkan dengan ketara.
KETIGA: KENAIKAN PALING BESAR BERLAKU SEMASA ERA PN, BUKAN MADANI
Selepas JASA dibubarkan, kerajaan Perikatan Nasional memperkenalkan semula agensi tersebut dengan peruntukan sebanyak RM81.55 juta dalam Belanjawan 2021.
Jumlah ini mencetuskan kritikan pelbagai pihak kerana ia hampir tiga kali ganda lebih tinggi daripada peruntukan terakhir JASA pada tahun 2018.
Malah selepas pelbagai bantahan, peruntukan tersebut akhirnya dikurangkan kepada sekitar RM45juta.
Persoalan yang wajar ditanya ialah:
Dimanakah suara Eric See-To - Lim Sian See ketika itu,adakah RM81.55 juta kemudian 40 juta semasa PN dianggap munasabah, tetapi RM16 juta semasa MADANI dianggap membazir?
KEEMPAT: MADANI MENGURANGKAN KOS, BUKAN MEMPERBESARKAN OPERASI
Naratif bahawa kerajaan MADANI sedang memperbesar jentera propaganda tidak disokong oleh fakta.
Hakikatnya:
• Peruntukan hari ini lebih rendah daripada era Najib.
• Jauh lebih rendah daripada era PN.
• Bilangan pegawai juga jauh lebih kecil berbanding struktur JASA terdahulu.
• Kos operasi keseluruhan telah dikurangkan berbanding beberapa fasa pentadbiran sebelum ini.
KESIMPULAN
Lim Sian See memilih untuk menonjolkan angka RM16 juta tanpa memberikan gambaran penuh kepada rakyat.
Apabila keseluruhan data diteliti, fakta menunjukkan bahawa:
• Peruntukan J-KOM hari ini lebih rendah daripada zaman Najib.
• Jauh lebih rendah daripada RM81.55 juta yang mula mula hendak diperuntukkan semasa PN.
• Bilangan kakitangan juga lebih kecil berbanding struktur JASA terdahulu.
• Dakwaan bahawa kerajaan MADANI sedang memperbesar jentera propaganda tidak selari dengan angka sebenar yang direkodkan dalam dokumen rasmi kerajaan.
Lim Sian See memaparkan angka RM16 juta seolah-olah ia luar biasa. Hakikatnya, RM16 juta adalah antara peruntukan terendah dalam sejarah JASA/J-KOM. Jika beliau benar-benar konsisten menentang pembaziran, beliau sepatutnya terlebih dahulu menjelaskan mengapa RM81.5 juta semasa PN dan RM30 juta semasa penghujung era Najib tidak pernah menjadi isu baginya.
Bukti bukti di ruangan Komen 

No comments:
Post a Comment