Penduduk gantung kain rentang cari MP Tumpat, ADUN Pengkalan Kubor


 


Beberapa kain rentang yang dipercayai dipasang oleh penduduk di sekitar Pengkalan Kubor, Tumpat tular selepas dimuat naik salah seorang penduduk yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan jalan di daerah itu.

Difahamkan, warga penduduk telah pun menuntut selama lima tahun supaya jalan di daerah itu dicat garisan putih, namun mendakwa sehingga kini ia masih belum dilaksanakan.

Gambar-gambar yang dikongsikan di Facebook Warga Pengkalan Kubor menunjukkan sekurang-kurangnya empat kain rentang dipasang di lokasi berbeza dengan mesej ditujukan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Tumpat, ADUN Pengkalan Kubor dan Ahli Parlimen Tumpat.

Salah satu kain rentang berbunyi:

“JKR Tumpat, YB ADUN Pengkalan Kubor, YB Parlimen Tumpat. Kami rakyat nak line jalan putih. Dekat 4-5 tahun doh tak dok line jalan.”

Satu lagi kain rentang menggunakan nada lebih sinis dengan tulisan:

“JKR Tumpat, YB ADUN Pengkalan Kubor, YB Parlimen Tumpat. Gi mano belako?? Line jalan putih dekat 4-5 tahun doh tak dok line. Tak tahu ko???”

Kain rentang lain yang dipasang berbunyi: “JKR Tumpat, YB ADUN Pengkalan Kubor, YB Parlimen Tumpat, jalan line putih dekat 4-5 tahun dah takdok. Kaba ko dok?”.

Perkongsian gambar tersebut mengundang pelbagai reaksi warga penduduk yang turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

Biarpun ada yang mencadangkan supaya diteliti terlebih dahulu adakah jalan itu di bawah Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri, namun penduduk berpendapat wakil rakyat tetap perlu menjalankan kerja mereka dan mengambil tindakan sewajarnya.

ADUN Pengkalan Kubor ialah Wan Roslan Wan Hamat yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan.

Ahli Parlimen Tumpat pula ialah Datuk Mumtaz Md Nawi 



No comments: