APAKAH KATEGORI PKP KKM

 FAEZUDDIN PUAD


1. Apabila dirujuk infografik yang dihebahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 7 November 2020 kita dapati hampir semua negeri (Johor, Perak, Kedah dan Terengganu) yang dilaksanakan PKPB adalah Zon Hijau dan Zon Kuning. Hanya terdapat beberapa mukim tergolong dalam Zon Merah.

2. Saya tak pasti bagaimana penilaian KKM atau MKN ketika memuktamadkan keputusan untuk melaksanakan PKPB. Namun pada padangan orang luar KKM dan MKN, apabila lihat saja Zon Hijau dan Zon kuning mengatasi Zon Merah secara logiknya kes terkawal atau selamat.

3. Disebabkan itu ramai yang marah, merungut, mengeluh dan tak puas hati mempersoalkan apa keperluan pelaksanaan PKPB di Zon Hijau dan Zon Kuning? Mengapa tidak dilaksanakan PKPB atau PKPD secara bersasar di Zon Merah saja?

4. Kebimbangan mereka ada asas yang kuat kerana apabila PKPB dilaksanakan sedikit sebanyak periuk nasi mereka terganggu. Buka perniagaan tapi pelanggan tak ramai. Apabila perniagaan terjejas pasti ramai akan dibuang kerja.

5. Itu belum cerita bab pendidikan anak-anak kita. Sekolah tutup, Universiti tutup. Benar boleh belajar secara atas talian tetapi pernah tak kita fikir anak orang miskin yang tak mampu beli laptop atau smartphone? Nak langgan data internet pun tak mampu.

6. Rakyat akan sentiasa bersetuju dengan apa jua keputusan kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 tetapi kerajaan juga perlu fikir tentang kelangsungan hidup rakyat.

7. Tetapi sebelum nak umum pelaksanaan PKPB, umum la dulu bantuan tambahan kepada rakyat misalnya lanjutan moratorium, naikkan bantuan kewangan, sumbangan bekalan keperluan asas dan lain-lain bantuan yang melagakan rakyat.

8. Ini tidak, lagi dua hari nak laksanakan PKPB hari ini baru umum. Zon Hijau pun kena PKPB. Lepas tu tiada bantuan tambahan. Marah la rakyat.