MB Terengganu tidak serik kena kecam, kali ini ke Menchester pula di musim banjir
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sekali lagi mendapat kecaman umum apabila keluar negara ketika negara khasnya negeri Terengganu berdepan dengan musim banjir.
“Musim banjir MB on holiday,” tulis seorang aktivis dalam satu kumpulan WhatsApp politik Terengganu sambal memaparkan ebuah poster program Samsuri di Menchester, United Kingdom yang dijadualkan 22 Disember ini.
Samsuri dijadualkan memberikan ucapan perasmian di majlis “Intelectual & Professional Dialogue” bertajuk “SG4 and its potential for national socio-economic agendas”.
Majlis ini akan berlangsung pada 22 Disember ini di Sanam Sweethouse & Restaurant, Mencehester M14 5AW, United Kingdom.
Sebelum ini Samsuri dikecam hebat apabila bercuti ke New Zealand dua tahun lalu ketika rakyat Terengganu dilanda banjir besar.
Ekoran itu, beliau terpaksa memohon maaf ekoran tindakannya ke luar negara ketika negeri itu dilanda musibah banjir besar bulan Disember tahun 2022 lalu.
Beliau juga kesal tidak dapat bersama rakyat yang sedang menderita terutama sepanjang tempoh ktitikal banjir besar itu.
“Saya mohon jutaan kemaafan kepada mangsa (banjir) dan rakyat Terengganu. Saya faham tidak boleh memberikan apa juga alasan (tentang) ketiadaan saya.
“Saya juga faham apa juga penjelasan, ia tidak akan memberi apa-apa makna kepada rakyat Terengganu,” katanya di Kemaman, tempat yang paling teruk dilanda banjir ketika itu.
Amaran jangkaan hujan berterusan selama tiga hari di seluruh negeri Kelantan dan Terengganu bermula semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan keadaan cuaca yang sama di Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Selain tiga negeri terbabit, mulai 19 hingga 22 Disember, hujan berterusan berlaku di Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.