Dengan 5,400 anggota, kawasan perairan seluas 590,000 km² kini lebih selamat dari ancaman penyeludupan, dadah, senjata api, PATI, dan nelayan asing.
Kementerian Dalam Negeri melalui Maritim Malaysia terus menjalin hubungan kerja, jaringan kerja dengan agensi-agensi termasuk dari negara-negara luar. Antaranya Turkiye, Amerika Syarikat, dan negara-negara ASEAN.
Strategi mengubahsuai kapal US Cutter berbanding membeli kapal baru juga satu langkah strategik yang menjimatkan jutaan ringgit wang negara. Keupayaan ini akan diperkukuh dengan integrasi sistem C4ISR menjelang Februari 2025.
Untuk isu perikanan laut dalam, memperkasa nelayan tempatan adalah kunci untuk memanfaatkan sumber laut negara.
Langkah-langkah ini bukan sahaja memastikan perairan Malaysia lebih selamat tetapi juga menjadikan Malaysia sebagai kuasa maritim serantau yang dihormati.