TAK PAYAH DOK KELUAR KENYATAAN BANYAK BANYAK- CARI LAWYER DAN SAMAN-MINTA MAAF PUN JANGAN LAYAN-FITNAH SANUSI: SATU PENIPUAN JAHAT & POLITIK MURAHAN


PEMUDA AMANAH TERENGGANU. 




1. Pemuda Amanah Terengganu mengecam sekeras-kerasnya fitnah terbaru yang dilemparkan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang mendakwa kononnya Parti Amanah Negara (Amanah) ‘dilahirkan oleh DAP’.


2. Kenyataan ini bukan sahaja satu pembohongan besar, tetapi juga satu taktik politik murahan yang cuba memperbodohkan rakyat dan menyemai sentimen perkauman serta kebencian.


3. Amanah ditubuhkan oleh sekumpulan pemimpin progresif daripada PAS yang menolak politik ekstrem dan memilih jalan politik Islam yang lebih inklusif dan sederhana. Tidak ada satu pun bukti atau dokumen yang menunjukkan Amanah diasaskan oleh DAP, sebaliknya Amanah lahir atas prinsip perjuangan Islam yang rahmatan lil ‘alamin.


4. Kepada Sanusi, hentikan politik sampah ini. Rakyat Kedah dan Malaysia tidak memerlukan seorang pemimpin yang hanya pandai mencipta fitnah, tetapi gagal membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat.


5. Pemuda Amanah menyeru rakyat Malaysia untuk menolak politik fitnah, kebencian dan pembohongan. Negara ini memerlukan kepimpinan yang bertanggungjawab, bukan individu yang hanya pandai beretorik tanpa sebarang sumbangan nyata kepada masyarakat.


Wan Mohd Hasbi Haliq Bin Wan Ahmad

Ketua Pemuda Amanah Terengganu

Ketua Angkatan Muda Pakatan Harapan Terengganu




No comments: