Hari ke-4: Kalau tak percaya, kau hentamlah
Hadi Awang, Presiden Pas. Siaplah korang.
Aku dah kena. Dah lali. Jangan sesekali sentuh Hadi. Memang mendapatlah. Penyokongnya akan balun kau cukup-cukup. Setan, anjing, kafir, babi, barua, liberal, munafik, ahzab, musuh Islam, berapa ratus kitab kau dah karang?, baca Fatihah pun tak betul.. huhu.
Tapi ironinya, bila 'ulama' mereka hina sahabat Nabi, mereka maafkan. Khilaf, katanya. Ramai yang diam saja. Malah ada yang bekap Dr. Nik Zawawi.
'Pejuang-pejuang Islam' yang popular, yang sebelum ini rakus menuduh kerajaan sebagai liberal, penjilat kafir & mahu menghapuskan Islam, juga hilang entah ke mana.
Sudah masuk hari keempat isu Dr. Nik Zawawi.
Semasa isu pemuda Kahfi pada hujung 2023, cukup pantas keluar video seorang ustaz mengatakan bahawa 'pemimpin itu sesat lagi menyesatkan.' Seingat saya, PMX cakap sebelah pagi, pada tengah hari sudah keluar video 'fatwa' berkenaan. (Kalau saya silap, saya minta maaf. Tapi seingat saya begitulah.)
Tapi dalam isu Dr. Nik Zawawi, sudah masuk hari keempat pun masih tidak keluar 'fatwa' lagi.
Tak pe lah.. kena husnuzzon. Mungkin belum ada kelapangan lagi.
..
...
** Adakah sekarang ini kita sedang dipertontonkan dengan lakonan dan kepura-puraan? Lakonan dan kepura-puraan yang berminyakwangikan agama.
** Jangan sewenang-wenang mempertikai keislaman & keimanan orang lain, apatah lagi kerana perbezaan politik.

No comments:
Post a Comment