KEPUTUSAN MESYUARAT PN - DR SAM KETUA PEMBANGKANg BAHARU
16 Mei 2026
KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG PERIKATAN NASIONAL
MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI PERIKATAN NASIONAL
KALI KE-2 (2026)
Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada hari ini, 16 Mei 2026 bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan dihadiri oleh semua Ahli Majlis Tertinggi daripada parti-parti anggota.
Mesyuarat hari ini telah memutuskan beberapa perkara, antaranya:
1. Pelantikan Pengerusi PN Negeri-Negeri
Pelantikan Pengerusi PN bagi setiap negeri telah diputuskan sebagaimana berikut:
Perlis : YB Dato’ Seri Shahidan Kassim
Kedah : YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor
Pulau Pinang : YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Perak : YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Selangor : YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Negeri Sembilan : Ditangguhkan
Melaka : YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Johor : YB Datuk Dr. Sahruddin bin Jamal
Pahang : YB Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Terengganu : YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak
Kelantan : YB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad bin Yakob
Sabah : YB Datuk Dr. Aliakbar bin Gulasan
Sarawak : YBhg. Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Wilayah Persekutuan : YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
2. Kerjasama Pilihan Raya
Mesyuarat bersetuju secara prinsip untuk menerima kerjasama pilihan raya atau electoral pact bersama parti-parti tertentu yang mempunyai keserasian perjuangan dan kepentingan bersama dengan Perikatan Nasional.
3. Pelantikan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Parlimen Kemaman, untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang.
4. Perbincangan Isu-Isu Semasa Negara
Mesyuarat turut membincangkan beberapa isu semasa yang menjadi perhatian rakyat dan kepentingan negara.
Perikatan Nasional akan terus memainkan peranan sebagai suara semak dan imbang yang bertanggungjawab, konstruktif dan berprinsip demi memastikan kepentingan rakyat serta masa depan negara sentiasa diutamakan.
TAKIYUDDIN HASSAN
16 MEI 2026
#sentiasalulus
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1286676423455474&id=100063393840098

No comments:
Post a Comment