MAJLIS ILMU MADANI DI PUTRAJAYA MALAM TADI.

 


Alhamdulillah malam ini Seri Perdana, Putrajaya meneruskan Majlis Ilmu Madani dengan menerima tamu istimewa Syeikh Profesor Dr. Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia. 






Saya singgung bahawa sewaktu kesedaran dan kecerdasan umat mengenai Islam semakin berkembang, namun tahap kefahaman agama masih lagi belum ditahap yang optimum. Oleh dengan itu, tradisi ilmu seperti ini adalah satu tuntutan agar dapat menyuburkan kefahaman yang benar bagi mengelak perpecahan. 


Saya turut tekuni syarahan Syeikh Ali yang antara lain menyentuh soal kebejatan nilai moral dan kemanusiaan dalam kalangan negara Barat hingga mereka sanggup membenarkan kekejaman, pembunuhan dan kezaliman di Gaza oleh rejim Zionis.


Syeikh Ali berpandangan pendirian Barat yang membingungkan ini berlaku akibat sikap Barat yang terlalu mengutamakan materi semata-mata hingga mengorbankan nilai moral dan kemanusiaan, ketimbang ketamadunan Islam yang menekankan perimbangan neraca dunia dan akhirat.


Saya juga diberi kesempatan untuk  meluncurkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat, tulisan Almarhum Dr Yusuf Al-Qaradawi yang diterbitkan oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).


Saya ingin zahirkan penghargaan atas doa dan harapan Syeikh Ali kepada Malaysia. Semoga ilmu dan hikmah dan dikongsi oleh Syeikh dapat dimanfaat oleh kita semua.


#MalaysiaMADANI



No comments: