Sunday, May 24, 2020

HAI DIAM SAJA KES PEMANDU MABUK...TAK KAN LA DIAM KOT..DULU RIUH RENDAH SAKAN....


Imej mungkin mengandungi: tumbuhan dan luar




Semalam ada video tular. Seorang pemandu mabuk, bukan setakat melanggar kerana berada dalam keadaan mabuk, malah pula menyerang dengan memandu dalam keadaan bahaya. 5 orang dilapor cedera. Beberapa khemah bazar Ramadhan dan kenderaan turut rosak. Ia berlaku di sebuah bazar Ramadhan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Pemandu mabuk + bulan Ramadhan + dalam situasi menyerang + di bazar Ramadhan tempat ummat Islam berkumpul.

Peliknya, ia tidak lagi menjadi isu sensasi. Tidak ada lagi orang bertempik bertakbir. Ia tak lagi menjadi isu perkauman; yang sehingga ada konon nak "bermandi darah" seperti sebelum ini.

Cuba bayangkan kalau ini berlaku sekitar 4/5 bulan awal, sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan?

Ada parti politik yang berkuasa berpuluh tahun menggunakan sentimen agama dan bangsa, dan sebelum ini mahu kembali berkuasa dengan cara yang sama.

Sekarang jelas, siapa sebenar pencetus huru hara dan kebencian sesama rakyat.


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers