2020 SUDAH....KENAPA RAKYAT KELANTAN KELU DALAM ISU AIR.


LIHAT KOMEN RAKYAT







Nik Amar persenda desakan netizen yang protest masalah ketiadaan air di Kelantan.Rasa cerdik dah minum air 

telaga..weiii Penang sana 60an air paip dah la woiii...orang tak ngaku cerdik cam mu...berpuluh tahun perintah nak salah  umno?






Isu air: Rakyat mahu solusi bukan alasan
Siapa ibu muda ini yang bangkit bersuara melawan jawapan Nik Amar mengenai kekurangan air di Kelantan.

Isu air: Rakyat mahu solusi bukan alasan




Semalam viral video luahan rasa seorang ibu muda terhadap Isu Air di Kelantan. Ia meletus seiring dengan video jawapan tidak cerdik Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar.
Siapa ye ibu muda ini yang lantang mengemukakan kekecewaannya terhadap sikap pembesar negeri yang dirasakan sangat tidak prihatin terhadap keluhan rakyat berhubung masalah air yang begitu kronik di negeri Serambi Mekah ini.
Walaupun namanya tidak dinyatakan namun hakikatnya dia mewakili isi hati rakyat Kelantan yang mahu isu AIR yang merupakan keperluan asas kehidupan diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.
Bagi rakyat yang sudah lama menderita dengan masalah air, kita tidak mahu mendengar apa-apa lagi alasan dari pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan prasarana di negeri Kelantan ini.
Nak kata tak ada duit, kemana pergi 400 juta yang disumbangkan kerajaan Pusat kepada Kelantan.
Paling menjengkelkan adalah sikap pemimpin yang cuba meremehkan isu air ini sambil memberikan alasan yang tak masuk dek akal seolah-olah kesusahan rakyat selama ini tidak ada ertinya bagi mereka.
Pasir Pekan, Pasir Tumboh, Tanjong Mas (sekadar beberapa contoh) bukan pedalaman, lokasi ini adalah pinggir bandar yang semuanya terkesan dengan permasalah mendapatkan air bersih untuk kegunaan harian.
Air karat dan keruh memang masalah yang sinonim dengan air yang dibekalkan kerajaan negeri. Namun yang lebih parah adalah ketiadaan air dan terputusnya bekalan yang begitu memeritkan warga Kelantan.
Rakyat hari ini lebih bermaklumat dan tidak dapat menerima alasan dangkal tanpa solusi. Kebanyakan rakyat juga bijak berfikir dan bertimbangrasa.
Kalau tidak masakan mereka boleh bersabar lebih 28 tahun dengan situasi bekalan air bersih yang begitu kritikal di Kelantan.
Apa yang rakyat mahukan adalah penjelasan jujur daripada pimpinan negeri terhadap isu air ini.
Cuba terangkan kepada kami rakyat kedudukan sebenarnya masalah air ni yang tak selesai lagi sejak sekian lama .
Adakah ianya berkaitan dengan masalah punca bekalan air atau masalah penyaluran air untuk sampai kepada pengguna atau apakah masalah sebenarnya.
Boleh terangkan kepada kami apa maksud jaminan yang diberikan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang dilaporkan pada 6 Jan 2020 bahawa Kelantan tidak akan mengalami krisis bekalan air pada masa depan memandangkan separuh bekalannya diperoleh daripada air bawah tanah.
Pengurus Besarnya, Datuk Dr Azuhan Mohamed, berkata sebanyak 36 loji rawatan air di Kelantan bukan bergantung sepenuhnya kepada sungai.
Hakikatnya kami rakyat marhaen masih terus-terusan menghadapi masalah air. Ramai rakyat menggunakan pam air persendirian untuk memberi kuasa tambahan sedutan air kerana kalau tidak memang tak naiklah air ke tangki rumah mereka.
Ramai lagi yang terpaksa mengusahakan air sendiri dengan menggunakan air boring atau telaga tiub. Itupun ramai yang telah menghabiskan ratusan ringgit tanpa mendapat hasil yang diharapkan kerana tak semua kawasan, airnya sesuai utk kegunaan harian apatah lagi utk diminum tanpa rawatan air yang menyeluruh.
Justru Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Negeri Kelantan mendesak pihak berkuasa negeri untuk menyelesaikan isu air yang merupakan bekalan asas untuk kehidupan rakyat di negeri ini.
Sekurang-kurangnya berilah rakyat satu penerangan tentang kedudukan isu air dan perancangan jangka pendek dan panjang Kerajaan Negeri sebagai menunjukkan keprihatinan Kerajaan terhadap keperluan asas rakyat ini.
—————-
Penulis adalah Ketua Awan Negeri Kelantan




Antara gambar yang disebarkan dalam media sosial tentang air di Kelantan sekarang.


No comments: