Pagi ini saya teruskan lawatan ke pasar-pasar awam di Bukit Mertajam untuk serah wang bantuan penjaja terus ke gerai-gerai mereka.
Saya akan edarkan sejumlah RM300,000 kepada 3,000 orang penjaja di Bukit Mertajam.
Ramai terkejut, mereka kata first time dapat duit bantuan tak perlu pi majlis rasmi, "YB hantaq teruih kat depa".
Tak kira kaum dan agama, setiap penjaja pasar awam, pasar malam, pusat penjaja dan kedai kopi di Bukit Mertajam akan diberikan bantuan penjaja.
Isi borang mudah tak sampai satu mukasurat, lepas tu, tak perlu mai ofis, kita hantar wang bantuan teruih kat gerai mereka di pasar awam.
Saya tahu penjaja sibuk bekerja cari nafkah demi keluarga, saya pun tak nak susahkan depa.
Jalan teruih!