RUU Anti Lompat Parti dijangka dibentang pada Julai, kata PM

 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai ini.

Katanya, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan, dengan anggotanya terdiri daripada wakil pembangkang, kerajaan dan mungkin ahli akademik yang pakar dalam Perlembagaan dipelawa, untuk meneliti dan mengubal RUU itu.

“Saya harap perkara ini dipercepatkan, sasaran kerajaan untuk bentangkan akta anti lompat parti ini pada sesi Julai nanti, tetapi tergantung kepada jawatankuasa khas itu nanti, secepat mana mereka boleh cadangkan untuk dibentangkan kepada Kabinet untuk persetujuan sebelum boleh dibentang di Parlimen.”

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat khas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 yang dihadiri menteri, ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta dan Ahli Dewan Negara.

No comments: