HUKUMAN BERSALAH ROGER NG SATU LAGI BUKTI SKANDAL 1MDB BUKAN FATAMORGANA

 

Berikutan hukuman bersalah yang dijatuhkan oleh sebuah mahkamah di AS terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng atas kesalahan melakukan konspirasi menyeleweng ribuan juta ringgit dana IMDB, yang paling mudah difahami ialah ini merupakan satu lagi bukti bahawa skandal itu memang benar-benar wujud dan bukannya fatamorgana.

Ini juga mengukuhkan hakikat skandal 1MDB bukan fitnah, bukan rekaan dan bukan sengaja diada-adakan.

Selain banyak bukti lain yang telah terdedah sebelum ini seperti rampasan pelbagai aset di serata dunia dan ada yang dipulangkan kepada negara kita, hutang yang terus ditanggung serta penutupan buah bank di Singapura, bukti terbaru ini seharusnya tambah memberi kesedaran kepada kita semua.

Bukan saja kita mesti mengutuk skandal itu dan mereka yang terbabit dengannya, bahkan sewajarnya, seperti gesaan Mahiaddin Md Yasin semalam, perbicaraan juga seharusnya dipercepatkan lagi.

Berbeza dengan mahkamah di AS yang dilihat pantas dalam perbicaraan dan menjatuhkan hukuman, di negara kita pula pelbagai helah seolah-olah direncana untuk melengah-lengahkannya.

Selebihnya pula, yang sudah dijatuhi hukuman pun masih bebas ke sana sini serta kadangkala lebih berlagak untuk menjadi hero dalam pelbagai isu negara.

Selebihnya pula, yang sudah dijatuhi hukuman pun masih bebas ke sana sini serta kadangkala lebih berlagak untuk menjadi hero dalam pelbagai isu negara.

Indonesia sekarang, selain lebih dipandang tinggi di mata dunia, ketegasannya melaksanakan undang-undang itu sekaligus menarik kepercayaan pelabur dan ekonominya berkembang sangat subur.

Suburnya ekonomi Indonesia sudah mampu meninggalkan negara kita di belakangnya.

Negara kita tidak harus berlengah-lengah lagi ke arah itu kerana jika keadaan seperti sekarang berterusan, kesan akhirnya ialah derita yang lebih parah kepada rakyat dalam meneruskan kehidupan mereka.

Sebab itu, sementara kita berharap perbicaraan dan kes rayuan berkaitan kes-kes 1MDB ini dapat disegerakan demi keadilan serta kepentingan negara, sebarang usaha menggugat keadilan itu mestilah juga ditentang sehabisnya.

Tentulah kita akan malu kepada dunia jadinya kerana sementara di pelbagai negara sudah banyak bukti, kesalahan dan hukuman dijatuhkan, namun di negara kita di mana skandal itu berpunca dan rakyatnya yang menanggung beban, tetapi belum apa apa-apa hukuman lagi yang dijatuhkan.

Dalam hal ini, desakan dan tekanan yang dihadapkan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk segera membubarkan Parlimen hendaklah juga kita semula bersama-sama melawannya.

Kita mesti faham tujuan mendesak PRU awal itu bukan untuk kepentingan rakyat atau bagi memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat, sebaliknya hanya untuk muslihat serta kepentingan mereka yang ada kes di mahkamah semata-mata.

Sebaiknya, biar selesai kes mahkamah mereka dan hukuman dijatuhkan dahulu, barulah sesuai diadakan PRU15.

Tahun depan atau sehingga tamat penggal Parlimen iaitu Mei 2023 adalah sesesuai waktu untuk Perdana Menteri membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya. – ShahbudinHusin 10/04/2022.



No comments: