Pemilihan KEADILAN 2025: Hanya 57,187 Daftar Kemaskini Setakat Ini

Setiausaha Agung KEADILAN Dr Fuziah Salleh mengendalikan taklimat MATC dan Pemilihan KEADILAN 2025 di Shah Alam pada Sabtu. Foto Facebook Fuziah Salleh
SHAH ALAM, 16 Feb – Hanya 57,187 anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berjaya mengemas kini maklumat masing-masing bagi Pemilihan KEADILAN 2025 setakat 12 tengah hari Sabtu.
Menurut Setiausaha Agung KEADILAN Dr Fuziah Salleh di Facebook, ini berdasarkan maklumat yang diberikan pengendali sistem pemilihan selain memberi maklumat semasa berkaitan taklimat Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC).
“Alhamdulillah selesai taklimat MATC, Pemilihan 2025 & Kongres. Terima Kasih semua yang hadir dari semua cabang di Semenanjung Malaysia.

“Saya salut anda semua dan semoga selamat kembali ke negeri masing-masing. Selamat Berjuang !,” katanya.
Terdahulu Fuziah mengendalikan taklimat Setiausaha Agung KEADILAN yang diadakan di sini pada Sabtu dan dihadiri wakil-wakil cabang dari seluruh Semenanjung.
Diharapkan agar semua anggota dapat segera mengemas kini maklumat diri bagi menyertai pemilihan parti yang dijadualkan pada 11 hingga 20 April ini.
No comments:
Post a Comment