MSO
CATATAN PERJALANAN
Alang alang di Kedah dua malam juga tidur disana. Entah macam mana saya begitu mesra dengan politik Kedah sejak dari dahulu lagi. Pada saya politik Kedah ada keunikan dan persamaan dengan politik Kelantan, sama tetapi tidak serupa dengan Kelantan, situasi ini menjadi tarikan kepada saya.
Sebaik sampai rumah jam 6.15 petang semalam, selepas rehat satu jam, saya cuba buat catatan perjalanan ke konvenysen berkenaan seperti lazimnya, kerana perangai saya, selagi sesuatu peristiwa, apa lagi penting dan menarik tidak dicatat (diluahkan) selama itu ia menggaru-garu tempurung kepala dan rasa tidak selesa menggodam diri.
Pengamatan.
Sebahagian peserta Konvensyen. |
Melihat suasana dan mood konvensyen itu saya yakin ia mampu mengejutkan pihak di sebelah sana. Walaupun ada ejekan dan persendaan nanti, tetapi secara senyap pihak sebelah sana terkesan dengan aura konvenysen itu.
Secara umum sekurang-kurang ada dua faktor kenapa saya kata konvensyen itu berjaya dan beraura.Ia cambah atau digerakkan sebaik sahaja pelantikan pengerusi Pakatan Harapan Kedah yang baru Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail 8 Februari lalu bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar. Perubahan itu mengorak semangat untuk Pakatan Harapan Kedah bangkit menyusun barisan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Pertukaran pengerusi itu merupakan peliup untuk bergerak lebih ke depan dengan terbentuk team baru dan tuangan idea komtemporari berstrategi.
Pengarah Konvensyen sdr Basir Ismail. |
Kehadirannya sangat memuaskan. Saya mulanya tidak percaya dewan tempat berhimpun akan penuh. Timbul kebimbangan kepada saya konvensyen itu gagal. Sangkaan saya meleset, Dewan Ghandi tempat berlangsung konvensyen itu penuh sesak.
Atas semangat dan pengertian itu kadang-kadang ada bicara yang menyinggunng pihak lain, tetapi diterima tanpa sunggutan atau "sokses sokseh" di belakang.
Keduanya, kesemua wakil-wakil parti komponen semua hadir. Tidak ada seorang pun yang ketinggalan. Semua mereka mengambil bahagian. Paling membahagiakan juga para pemimpin veteran, aktivis dari semua parti turut memberi partisipasi.
Antara yang ternampak oleh saya, bekas MB Kedah Ahmad Bashah, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir, dan beberapa yang saya tidak hafal namanya. Daripada Amanah turut hadir bekas Pengerusi Amanah, Datuk Phahrorazi Zawawi, Ustaz Redhuan dan para veteran yang juga aktivis semasa dalam Pas. Hanya dua tokoh Amanah yang terlihat Mahfuz Omar dan Dr Ismal Salleh, mungkin mereka keuzuran atau sibuk berpodcas.Kesediaan mereka yang untuk hadir bergabung dengan tokoh-tokoh muda memberi semangat ini merupakan komitmen bagi menjayakan konvensyen itu yang bertema 1 Tekad 1 Visi 1 Hati. Kehadiran dari semua fraksi itu melambangkan wujud kesatuan hati dalam muafakat rakyat BN/PH.
Kemunculan mereka menafikan cerita buruk dari belakang yang menujum tidak ada akan ada keserasaian di antara BN dengan PH.
Dengan keduanya muncul mengepalai konvensyen berkenaan, menjadi seperti induk ayam yang akan dibuntuti anak-anak dari belakang. Keikhlasan, iltizam yang dipancarkan keduanya juga mengkagumkan.Asmiru Anuar Aris |
Yang tampil ke pentas untuk berucap dan menyampaikan gagasan dan wawasan mereka serta menyatakan nekad kebersamaan dan sehati sejiwa ialah; Pengerusi Mic Kedah S Suresh a/l Subramaniam, Pengerusi Mca Kedah, Chua Tiong Gee, pengerusi Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris dan pen gerusi DAP Kedah Tan Kok Yewe.
Turut sama berucap membentang pandangan dan harapan masing-masing, timbalan pengerusi badan Perhubungan Umno Kedah Abdul Azeez Abd. Rahim dan pengerusi Keadilan Kedah Nor Azrina Surip.
Sebelum itu satu sessi wacana bebas bagi membincang halangan dan solusi memadukan PH/BN Kedah juga diadakan dengan menampilkan dua tokoh wanita pusat Ketua Penerangan Wanita BN Rosni Zahri, ketua wanita PH Aiman Athirah al Junid dan tokoh muda ahli parlimen Sungai Petani Taufik Johari. Wacana atau town hall itu dipengerusikan sdr Omar Mokhtar.Pembacaan resolusi oleh sdr Dr Taufik Johari. |
No comments:
Post a Comment