KEADILAN tuntut RM10 juta dari Dr Xavier Jayakumar

 




KEADILAN akan mengemukakan tuntutan sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar setelah beliau bertindak keluar daripada parti itu bulan lalu.

Bendahari KEADILAN, Lee Chean Chung berkata surat tersebut akan diserahkan oleh peguam parti itu kepada Xavier dan bekas naib presiden KEADILAN itu diberi masa tujuh hari untuk membayarnya.

"Sesiapa yang membuat keputusan untuk meninggalkan parti mereka perlu menerima akibat, mereka seharusnya membayar RM10 juta seperti dipersetujui,” katanya.

Chean Chung berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Indera Mahkota 2020 semalam.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau selaku Ketua Cabang Indera Mahkota berkata sebanyak dua usul telah dikemukakan iaitu menolak sebarang kerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengusulkan bahawa calon Ahli Parlimen Indera Mahkota harus dilantik daripada penduduk tempatan.

Kerusi Indera Mahkota merupakan salah satu kerusi tradisi KEADILAN, terutamanya apabila Azan Ismail memenanginya pada Pilihan Raya Umum 2008 dan terus dipertahankan oleh Fauzi Abdul Rahman pada 2013.

Ketika ini, kerusi itu disandang oleh Datuk Saifuddin Abdullah yang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas lambang KEADILAN sebelum terlibat dengan gerakan Langkah Sheraton sehingga menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Mac tahun lalu.

 

No comments: