Hampir 90 peratus nama calon PRU-15 telah dikemukakan - Saifuddin

 


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa partinya telah menerima hampir 90% nama calon yang layak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, kebanyakan negeri dan cabang parti telah menyerahkan nama-nama tersebut kepada jawatankuasa pusat.

"Bagaimanapun, calon belum disenarai pendek," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan KEADILAN Cabang Tambun semalam.

Ketika ditanya mengenai pengagihan kerusi, Saifuddin berkata rundingan masih belum dimulakan dengan rakan komponen Pakatan Harapan (PH), namun memberi bayangan ia kemungkinan akan bermula dalam masa terdekat.

"Majlis Presiden PH bermesyuarat dua kali sebulan untuk membincangkan isu-isu mendesak, termasuk pada PRU-15," tambahnya.

Berhubung kerjasama dengan parti pembangkang lain seperti parti Muda dibawah teraju Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Saifuddin berkata KEADILAN sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, selagi prinsip KEADILAN terus diperjuangkan.

"Sentiasa ada ruang untuk meneroka kerjasama politik," katanya.

 


No comments: