Manusia yang baik tidak harus bersama manusia jahat. Tidak akan
berjaya ' mencuci najis dengan berada dalam tong najis'.
Jelas kumpulan Muhyiddin dan Azmin itu telah khianat kepada
parti masing-masing dan dosa paling besar kedua2 makhluk itu adalah khianat
kepada mandat dan kepercayaan rakyat pada PRU14 yang lalu. Perancangan
pengkhianat ini bersama Mahathir adalah satu perancangan yang jelas
bertentangan dengan adab dan akhlak demokrasi.
Sewajarnya pengkhianatan mereka ditegur oleh parti yang mengaku
parti Islam ini. Bukankah parti Islam ini pernah merasai dan menjadi mangsa
perbuatan khianat? Lupakah lebai Hadi dan Lebai Berahim kepada kisah kerajaan
negeri Perak di bawah YB Nizar telah dikhianati sehingga tumbangnya kerajaan
pilihan rakyat? Apa Pas sebut waktu itu? Khianat itu haram, gaji haram,
kerajaan kudeta dan macam2 lagi yang keluar dari mulut lebai waktu itu.
Mengapa sokong pengkhianat mandat rakyat sekarang? Kerana Dap?
Bukankah sewaktu YB Nizar jadi MB Perak dulu Dap paling ramai dalam Dun Perak?
Waktu itu mengapa pertahankan kerajaan YB Nizar sehingga sanggup berbaring dan
berguling2 atas jalan raya depan istana Perak? Pertahankan Dap?
Usah jual hukum wahai lebai. Mengaku sahaja lah bahawa kamu
gagal di dalam menahan hawa nafsu apabila diuji dengan kesenangan dan kuasa.
Apabila nampak ada jalan untuk jadi mewah dan senang, maka kamu lupa prinsip
dan sanggup jadi 'pelacur politik'. Bahkan, hari ini kamu sanggup tinggalkan
Umno kawan waktu kamu susah dulu hanya kerana Muhyiddin beri kamu jawatan duta
khas yang hanya makan gaji buta?
Saya simpati dengan penyokong2 Pas yang selama ini yakin
pemimpin mereka akan bawa agenda Islam ke mana sahaja. Malangnya, apabila
berada di dalam 'tong najis', habis kesemua serban dan jubah dipenuhi najis.
WFAUZDIN NS