TAK PAYAH LA GUAN ENG BAGI CADANGAN. SEBAB KERAJAAN INI DAH SANGGUP HABISKAN 600 BILLION PUN....KESANNYA TIADA...

 

Pakej rangsangan RM45 bilion boleh reda kemarahan rakyat, kata Guan Eng



Lim Guan Eng berkata, Perdana Menteri perlu sedar rakyat bukan marah dengan pelaksanaan PKP, tetapi kerana kerajaan PN gagal mengawal lonjakan jangkitan Covid-19.

PETALING JAYA: Pakej rangsangan ekonomi RM45 bilion amat diperlukan bagi menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, sebuah pakej yang menyeluruh akan meredakan kemarahan rakyat, yang dapat dilihat dalam pelbagai bentuk, termasuk ketidakpatuhan secara terbuka oleh golongan belia.

Dalam kenyataan hari ini, bekas menteri kewangan itu berkata, tanpa pakej rangsangan tersebut, unjuran kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.5% pada tahun ini sukar dicapai.

Kata beliau, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu sedar rakyat bukan marah dengan pelaksanaan PKP, tetapi kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengawal lonjakan jangkitan Covid-19.

Lim berkata, pakej rangsangan baharu ini mesti memberi manfaat secara langsung kepada pekerja dan perniagaan, merangkumi kenaikan bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000, termasuk untuk penganggur, yang menelan belanja RM12 bilion setahun.

“(Juga) lanjutan automatik moratorium pembayaran pinjaman bank, tidak termasuk bagi T20, sehingga akhir Program Imunisasi Kebangsaan pada akhir tahun, yang akan membantu lapan juta individu dan syarikat Malaysia, dan harus ditanggung oleh bank.”

Katanya, insentif pengambilan pekerja perlu dipanjangkan sehingga dua tahun, melibatkan pembayaran RM500 dan RM300 sebulan, masing-masing kepada pekerja dan majikan di bawah inisiatif MalaysiaKerja bagi menggalakkan pengambilan pekerja tempatan.

“(Ini) akan mencipta pekerjaan bagi 300,000 pekerja Malaysia selama satu tahun, yang menelan belanja RM6.5 bilion.”

Kata Lim, pendidikan perlu didigitalkan, termasuk membeli komputer riba yang menelan belanja RM3.5 bilion bagi menyediakan pembelajaran dalam talian untuk semua pelajar, memandangkan sekolah hanya dibuka selama empat bulan tahun lalu dan mungkin sama bagi tahun ini.

Beliau berkata, RM23 bilion perlu diberikan kepada semua perniagaan terjejas akibat kemelesetan ekonomi dan PKP, dalam bentuk geran kewangan, subsidi sewa dan utiliti, jaminan pinjaman serta lanjutan kredit untuk perusahaan kecil dan sederhana, sektor runcit dan industri pelancongan yang lumpuh.

“Industri pelancongan kerugian RM100 bilion pendapatan tahun lalu dan tanpa ‘talian hayat’ daripada kerajaan, akan menghadapi masa depan suram.


No comments: