PKPD di dua lokaliti Pahang, satu di Sabah mulai Isnin

 

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di dua lokaliti di Pahang, dan satu di Sabah, mulai Isnin.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, PKPD di Kampung Paya Teh, Jerantut, dan Seri Kemunting, Kuantan, Pahang, serta Kampung Sungai Langgas di Kunak, Sabah akan berlangsung hingga 30 Mei.

Ini susulan peningkatan kes dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti berkenaan, kata beliau.

No comments: