Bukti Ema terus hubungi kumpulan Azharuddin dan sokong 'Forensik' bertindak



Bukti Ema terus hubungi kumpulan Azharuddin dan sokong 'Forensik' bertindak

Kenyataan Umum

4 Jun 2016

FORENSIK PDRM HARUS BERTINDAK, CUBAAN MENIPU AGONG
  1. che'GuBard dengan ini menyambut baik beberapa laporan polis yang dibuat semalam mendesak campur tangan pihak berkuasa bagi mengenal pasti penipuan / pemalsuan 'tandatangan' sokongan Deklarasi yang diketuai Mahathir.
  2. Antarayang membuat laporan polis semalam (3 Jun 2016) ialah

      - Siti Nor Hafiza Azmi (Naib Ketua, AMK Bayan Baru) dengan diiringi oleh Azrizal Tahir, Timbalan Ketua Cabang PKR Bayan Baru dan Mohd Aidil Fitri Ibrahim, bekas Ketua AMK Bayan Baru.

     - - Ali Azhari Ahmd (aktivis PKR Hulu Terengganu) dengan diiringi Asyraf, AJK AMK Terengganu

    - Muhamad Zulkhaire Dzulcaply dan Megat Khairul Anuar Razali masing - masing merupakan aktivis aktif PKR turut membuat laporan di Seremban dan Kuala Kubu Bharu
  3. che'GuBard bersetuju dengan laporan polis ini mendesak agar PDRM menggunakan kepakaran 'forensik' mereka menyiasat senarai sokongan Deklarasi yang diketuai oleh Mahathir.
  4. 26 Mei lepas muncul seorang lelaki dengan akuan bersumpahnya menuntut seorang wanita yang bernama Syarul Ema atau dikenali sebagai Ratu Naga menyelesaikan baki pembayaran RM4,000 yang dijanjikan kerana membekalkan senarai nama (pengkalan data) untuk digunakan dalam melengkapkan senarai sokongan Deklarasi yang diketuai Mahathir untuk dipersembahkan ke Istana Negara. (klik sini http://chegubard.blogspot.my/2016/05/tandatangan-jutaan-rakyat-dipalsukan.html). Maka ini jelas merupakan cubaan menipu secara sedar DYMM SPB Yg Di Pertuan AgOng. Ini diperjelaskan dalam Akuan Bersumpah yang dibuat Azharuddin Othman yang dikepilkan sekali dengan salinan 'print screen' komunikasi whats app bersama Ratu Naga yang bertindak bagi pihak Seketeriat Deklarasi Mahathir.
  5. Penafian perempuan yang dimaksudkan dengan mengangkat Al Quran bukan sahaja tidak menjawab apa - apa sebaliknya hanya menghina Islam dengan menyalah gunakan kitab suci Al Quran. Jelas Ema menipu kerana selepas akuan bersumpah itu didedahkan, Ema panik dan terus berhubung dengan kumpulan Azharuddin dan dibawah ini disertakan 'print screen' dia bertanya berkenaan Azharuddin. Soalnya bukan dia kenal atau tidak Azharudin tetapi benar atau tidak kejadian 'pembelian' senarai nama (pengkalan data) itu berlaku. Sila klik sinibagi melihat pendedahan penuh lampiran print screen kumpulan Azharruddin bersama Ema. (http://chegubard.blogspot.my/2016/05/letak-al-quran-di-tepi-kepala-di-kedai.html)



    (dua print screen whats app dari Ema yang mana dari dua nombor berlainan yang sering digunakannya terus menghubungi kumpulan Azharuddin walaupun selepas akuan bersumpah didedahkan)
  6. Penafian Seketeriat Deklarasi Mahathir memang sudah dijangka dan saya sudah jangka. Dalam Perenggan ke 6 Kenyataan balas saya pada 28 Mei saya sudah nyatakan Seketeriat Deklarasi Mahathir sudah tidak ada jalan lain dan akan menafikan Ema terlibat dalam aktiviti mengumpulkan sokongan terhadap deklarasi.
  7. Menurut kenyataan Seketeriat Deklarasi Mahathir sendiri menyatakan tandatangan secara tulis  tangan hanya 200,000 sahaja itulah usaha mereka turun pasar malam dan seumpamanya, itupun angka genap itu meragukan. Manakala sokongan secara atas talian pula 1,071,997 dan hanya 253,205 telah dibuang kerana bertindih dan maklumat tidak lengkap tetapi bagaimana dengan kemasukan maklumat lengkap tidak bertindih tetapi disalin dari pengkalan data lain ?

    Tidak menolak kemungkinan Data secara borang tulis tangan juga dipalsukan tetapi tumpuan sokongan mudah dipalsukan melalui sokongan atas talian di mana hanya memerlukan data seperti Nama Penuh, No.Kad Pengenalan dan eMail. Maknanya sesiapa sahaja boleh memuat naik sokongan jika punya senarai maklumat di atas dan lebih mudah jika punya aplikasi salinan muat naik automatik
    "print screen" dari laman sesawang untuk menyatakan sokongan kepada Deklarasi Mahathir
  8. Pihak PDRM melalui kepakaran 'forensik' mereka perlu segera menyiasat. Panggil Azharuddin dan dapatkan senarai nama yang dibekalkan kepada Seketeriat Deklarasi Mahathir kemudian dapatkan senarai sokongan dari Seketeriat Deklarasi Mahathir. Bezakan keduanya, jika terdapat pertindihan hubungi penama tersebut dan dapatkan adakah mereka sedar nama mereka dalam senarai sokongan Deklarasi tersebut ? Bukanlah isu untuk merahsiakan senarai nama sokongan kerana memorandum kepada Istana akan jadi dokumen awam juga akhirnya maka tiada keperluan tidak mendedahkan senarai nama sokongan. Jika Seketeriat Deklarasi enggan bekerjasama maka sudah tentu mereka juga sedar mengenai penipuan ini dan mahu menutupnya.
  9. Telah saya sebut Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan Datuk Kamaruddin Jaafar beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.
  10. Saya tegaskan sekali lagi, belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan.

che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia

No comments: